info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
  • Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
  • 4 keping gambar berwarna berukuran 6 x 4 cm dan latar belakang  berwarna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap). Lelaki pula tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutup kepala.
  • Kad suntikan ACYW135 / Meningitis @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

 

Dokumen yang diperlukan bagi WANITA BAWAH 45 TAHUN/LELAKI BAWAH 18 TAHUN:

PERGI BERSAMA MAHRAM

  • Mahram bersama Suami

    1. Salinan kad pengenalan kedua-duanya
    2. Salinan sijil nikah (COP PEJABAT AGAMA Bhg. NIKAH CERAI DAN RUJUK / Bhg. UNDANG2 KELUARGA / Bhg. UNDANG2 SYARIAH & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama BAPA (Belum Berkahwin)

    1. Salinan kad pengenalan kedua-duanya
    2. Salinan Sijil lahir wanita (COP JPN & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama BAPA (Sudah Berkahwin)

    1. Salinan kad pengenalan kedua-duanya
    2. Salinan Sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. ‘Letter of Consent’ dari suami.(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    4. Salinan sijil nikah (COP PEJABAT AGAMA Bhg. NIKAH CERAI DAN RUJUK / Bhg. UNDANG2 KELUARGA / Bhg. UNDANG2 SYARIAH & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama ADIK-BERADIK LELAKI KANDUNG

    1. Salinan kad pengenalan kedua-duanya
    2. Salinan sijil lahir kedua-duanya (COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. ‘Letter of Consent’ dari bapa kandung/adik beradik kandung/suami/bapa saudara sebelah bapa.(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    4. Kebenaran abang @ adik lelaki (18 tahun ke atas)- Salinan Sijil Lahir adik beradik kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
    5. ATAU Kebenaran suami Salinan Sijil Nikah (COP JABATAN AGAMA NEGERI & WISMA PUTRA) serta kad pengenalan suami
    6. Jika bapa kandung meninggal dunia, surat mati perlu disediakan.(COP JPN & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama ANAK LELAKI

    1. Salinan kad pengenalan kedua-duanya
    2. Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. ‘Letter of Consent’ dari bapa kandung/adik beradik kandung/suami/bapa saudara sebelah bapa.(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    4. Jika suami meninggal dunia, surat mati perlu disediakan.(COP JPN & WISMA PUTRA)
    5. Jika suami bercerai, surat mahkamah syariah perlu disediakan. (COP PEJABAT AGAMA Bhg. NIKAH CERAI DAN RUJUK / Bhg. UNDANG2 KELUARGA / Bhg. UNDANG2 SYARIAH & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama BAPA TIRI (BELUM KAHWIN)

    1. ‘Letter of Consent’ dari bapa kandung/adik beradik kandung/ bapa saudara sebelah bapa. (COP PESURUHJAYA SUMPAH “MUSLIM” & WISMA PUTRA)
    2. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung/ bapa saudara sebelah bapa.
    3. Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
    4. Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
    5. Jika bapa kandung meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama BAPA TIRI(SUDAH BERKAHWIN)

    1. ‘Letter of Consent’ dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH “MUSLIM” & WISMA PUTRA)
    2. Salinan sijil nikah(COP JABATAN AGAMA & WISMA PUTRA)
    3. Salinan kad pengenalan suami
    4. Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
    5. surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
    6. Jika suami meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama BAPA SAUDARA(SEBELAH BAPA & BELUM BERKAHWIN)

    1. ‘Letter of Consent’ dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH  “MUSLIM”& WISMA PUTRA)
    2. Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara (COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
    4. Jika bapa kandung meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
    5. Jika mahram bersama bapa saudara  sebelah ibu, ibunya perlu pergi bersama bermahramkan adik beradik.

  • Mahram bersama BAPA SAUDARA(SEBELAH BAPA & SUDAH BERKAHWIN)

    1. ‘Letter of Consent’ dari suami ATAU bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(jika suami sudah meninggal dunia) (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    2. Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara (COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. Salinan kad pengenalan suami/bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP JPN)
    4. Jika suami meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
    5. Jika mahram bersama bapa saudara  sebelah ibu, ibunya perlu pergi bersama bermahramkan adik beradik.

  • Mahram bersama BAPA ANGKAT (ber’bin’/’binti’ nama bapa angkat)

    1. Salinan Surat pengambilan anak angkat( COP WISMA PUTRA)
    2. Salinan Sijil lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama BAPA ANGKAT (ber’bin’/’binti’ dengan nama lain)

    1. Salinan Surat pengambilan anak angkat(COP WISMA PUTRA)
    2. Salinan Sijil lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. Salinan surat perintah mahkamah (COP WISMA PUTRA)

  • Mahram bersama DATUK SEBELAH BAPA

    1. Salinan sijil lahir cucu(COP JPN & WISMA PUTRA)
    2. Salinan sijil lahir bapa kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. ‘Letter of Consent’ dari bapa kandung ATAU adik beradik lelaki kandung (jika bapa kandung sudah meninggal dunia) (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    4. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
    5. Jika datuk sebelah ibu, ibunya perlu pergi bersama bermahramkan adik beradik

  • Bagi Muallaf Wanita yang pergi bersama SUAMI

    1. Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)
    2. Salinan sijil nikah (COP PEJABAT AGAMA Bhg. NIKAH CERAI DAN RUJUK / Bhg. UNDANG2 KELUARGA / Bhg. UNDANG2 SYARIAH & WISMA PUTRA)
    3. Salinan kad pengenalan kedua-duanya.

  • Bagi Muallaf Wanita (Berkahwin) yang pergi bersama ADIK BERADIK LELAKI KANDUNG

    1. Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)
    2. Salinan sijil nikah(COP PEJABAT AGAMA Bhg. NIKAH CERAI DAN RUJUK / Bhg. UNDANG2 KELUARGA / Bhg. UNDANG2 SYARIAH & WISMA PUTRA)
    3. Salinan sijil lahir kedua-duanya (jika ). (COP JPN & WISMA PUTRA)
    4. ‘Letter of Consent’ dari suami ATAU bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(jika suami sudah meninggal dunia) (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    5. Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara (COP JPN & WISMA PUTRA)
    6. Salinan kad pengenalan suami, bapa kandung, adik beradik lelaki kandung (COP JPN)
    7. Jika suami meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

  • Bagi Muallaf Wanita (Bujang) yang pergi bersama ADIK BERADIK LELAKI KANDUNG

    1. Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)
    2. Salinan sijil lahir kedua-duanya. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    3. ‘Letter of Consent’ dari bapa kandung ATAU adik beradik lelaki kandung(jika bapa kandung sudah meninggal dunia) (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    4. Salinan kad pengenalan mualaf wanita, bapa kandung, dan adik beradik lelaki kandung (COP JPN)
    5. Jika bapa kandung meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

  • Bagi Muallaf Lelaki

    1. Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)
    2. Salinan kad pengenalan.

WARGANEGARA ASING

  1. Pemastautin Tetap (Permenent Residence) – Kad Pengenalan Asal dan Salinan Kad Pengenalan.
  2. Visa Pekerja (Employment Pass) -surat pengesahan majikan yang telah disahkan oleh Notary Awam (Public Notary) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  3. Visa Pelajar (Student Visa) – surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah yang disahkan oleh Notary Awam (Public Notary) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  4. Visa Keluarga (sosial Visa) -salinan sijil nikah /sijil lahir  yang disahkan oleh Kedutaan Negara Tersebut & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  5. Bagi pembantu rumah(Maid) – majikan perlu ikut serta.
  6. Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas.

 

Deposit RM 1000.00 setiap seorang dan BAKI PEMBAYARAN perlu diserahkan SEBULAN SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.

 

NOTA :

1) SEMUA DOKUMEN PERLU DISERAH KEPADA SHAHID TRAVEL SELEWAT-LEWATNYA 40 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN.

2) SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, PIHAK SHAHID TRAVEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA UMRAH.