info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 8 HARI 6 MALAM
Tempat: BUKHARA-SAMARKAND-TASHKENT, UZBEKISTAN
Harga: RM5,290

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi balik KL-TASHKENT-KL.
  • Tiket penerbangan sehala TASHKENT-BUKHARA.
  • Penginapan 6 malam di hotel 3*.
  • Urusan visa .
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan &  pemandu pelancong.
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan.
  • Harga untuk minimum 16 orang dewasa.

Harga Pakej Tidak Termasuk:

– Tips porter/bellboy
– Caj tambahan hujung minggu/ cuti umum
– Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, dobi, panggilan telefon, lebihan bagasi & lain-lain

HARI 1 : KUALA LUMPUR – TASHKENT
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan check-in. Menaiki penerbangan ke Tashkent melalui Singapura jam 10.15 malam dengan HY552.

HARI 2 : TASHKENT – BUKHARA (MT/MM)
Dijangka tiba di Tashkent jam 3.40 pagi. Sambungan penerbangan ke Bukhara dengan penerbangan HY1321 jam 7.35 pagi dan sampai jam 9.15 pagi. Sebaik tiba, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa daftar masuk hotel 3*. Selepas makan tengahari, lawatan ke Ismail Samani Mousoleum, Chashma Ayub Mausoleum, Bolohauz Complex dan Registan Ark Fortress. Makan malam disediakan.

HARI 3 : BUKHARA (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke Poyi Kalon Ensemble (Minaret Kalon, Masjid Kaylan, Madrasah Miri Arab, Madrasah Ulugbek, Madrasah Nodir Divanbeghi, Madrasah Abdul Aziz Khan, Masjid Magoki-Attori dan Lyabi-Khauz Ensemble). Makan tengahari di restoran tempatan. Sambungan lawatan sekitar Bukhara (Bakhauddin Naqshbandi Ensemble, Masjid Abdul Faiz Khan dan Masjid Muzaffar Khan). Makan malam disediakan.

HARI 4 : BUKHARA – SAMARKAND (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel dan dibawa ke Samarkand. Melawat Pusat Perusahaan Seramik. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Kompleks Imam Al Bukhari (masjid dan makam) dan aktiviti beli-belah di Bazaar Siyob. Daftar masuk hotel 3*. Makan malam disediakan.

HARI 5 : SAMARKAND (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke Makam Gur-emir dan Registan Ensemble (Ulugbek, Shirdor, Madrasah Tillya-Kari, Masjid Bibi Khanum). Makan tengahari di restoran tempatan. Sambungan lawatan ke sekitar Samarkand; Shah-i-Zinda Necropolis, Balai Cerap Ulugbek dan rizab arkeologi “Ruins of Afrosiab’. Makan malam diiringi pertunjukan kebudayaan.

HARI 6 : SAMARKAND – TASHKENT (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel dan meneruskan perjalanan ke Tashkent. Makan tengahari di restoran tempatan.  Daftar masuk hotel 3*. Berehat seketika sebelum meneruskan lawatan sekitar Tashkent; Kompleks Khasti Imam (Makam Kaffal Ash-Shashi, Madrasah Barak Khan, Madrasah Imam Bukhari, Masjid Tilla Sheikh, Museum of Islamic Manuscripts), Madrasah Kukeldash, Madrasah Abdul Kasym dan pusat kraftangan Chor-Su-Oriental. Makan malam disediakan.

HARI 7 : TASHKENT – CHIMGAN – TASHKENT (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian anda akan dibawa ke Gunung Chimgan (menaiki Chair Lift kira-kira 30 minit) dan nikmati pemandangan indah sekitar pergunungan serta mengambil gambar. Seterusnya lawatan ke Tasik Charvak. Selepas makan tengahari, kembali semula ke Tashkent. Lawatan ke Mustakilik (Independence) Square, Theatrical Square – Navoi Opera & Ballet Theatre,Amir Temur Square dan bersiar-siar di Tashkent Metro Stations. Makan malam disediakan.

HARI 8 : TASHKENT – KUALA LUMPUR (S)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel dan dibawa ke Lapangan Terbang Tashkent untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Menaiki penerbangan HY553 jam 8.00 pagi dan dijangka tiba jam 6.35 petang.

Harga : RM5,290/DEWASA, RM4,390/KANAK-KANAK

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***