info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 11H9M
Tempat: Madinah Al Munawwarah, Makkah Al Mukarramah.
Harga: RM 6,150.00
Tempah Sekarang!
    • Tiket penerbangan ekonomi Saudia.
    • Urusan visa.
    • Pengangkutan di tanah suci.
    • Ziarah Madinah & Makkah.
    • Penginapan di Tanah Suci.
    • Makanan selera Melayu 3x sehari + minuman panas sejuk (24 jam).
    • Mutawwif yang berpengalaman.
    • Takaful perjalanan.
    • Perbelanjaan peribadi seperti cenderahati, dobi, panggilan telefon, lebihan bagasi & lain-lain.
    • tambang ziarah ke Thaif.
    • Mekah – Hotel Tahani Haramain/setaraf 500m dari Masjidil Haram)
    • Madinah – Mukhtara International/setaraf (200m dari Masjidin Nabawi)
Nota:
– Harga & aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa seperti harga hotel, penerbangan & tukaran wang asing
– Harga kanak-kanak bagi yang berumur 2-4 tahun sahaja

 

ATURCARA PAKEJ

  • HARI 1

    Melapor diri di Lapangan Terbang KLIA2 jam 1.00 pagi bagi urusan check-in barang-barang oleh petugas syarikat. Penerbangan ke Jeddah jam 5.10 pagi dengan pesawat AirAsia X D7 700 dan dijangka sampai jam 9.40 pagi (waktu Saudi). Para jemaah akan disambut oleh wakil Muassasah dan syarikat serta diatur perjalanan bas berhawa dingin menuju ke Mekah. Check-in di Hotel Tahani Haramain (atau setaraf). Selepas berehat, jemaah dibawa oleh Mutawif bagi melakukan umrah di Masjidil Haram. Kembali ke hotel dan berehat.
  • HARI 2

    Aturcara bebas.
  • HARI 3

    Pada sebelah pagi, para jemaah akan dibawa berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam dan tempat-tempat melakukan ibadah Haji di sekeliling Makkah. Berakhir di Masjid Ja’ranah di mana para jemaah boleh mengambil miqat umrah sekiranya ingin melakukan umrah sekali lagi. Pulang ke Hotel  atau terus melakukan umrah.
  • HARI 4

    Pada sebelah pagi, para jemaah akan dibawa ziarah ke Miqat Hudaibiyah dan boleh mengambil miqat umrah sekiranya ingin melakukan umrah sekali lagi. Pulang ke Hotel  atau terus melakukan umrah.
  • HARI 5 – 6

    Aturcara bebas. Berpeluang SOLAT JUMAAT DI MASJIDIL HARAM.
  • HARI 7

    Para jemaah akan tawaf wida’ (selamat tinggal) selepas Solat Zohor dan akan menaiki bas berhawa dingin menuju ke Madinah. Setibanya di Madinah, check-in di Hotel Zahra Al Khair  (atau setaraf).
  • HARI 8

    Pada sebelah pagi, para jemaah dibawa oleh Mutawif untuk berziarah ke Masjidin Nabawi termasuk Raudhah, Makam Rasulullah saw, S. Abu Bakar ®, S. Omar ® dan perkuburan Baqe’. Kembali dan berehat di Hotel.
  • HARI 9

    Pada sebelah pagi, para jemaah dibawa berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam sekitar Madinah termasuk Ladang Kurma. Kembali ke hotel. Para jemaah akan ziarah wida’ (selamat tinggal) pada sebelah malam.
  • HARI 10

    Jam 6.00 pagi jemaah akan dihantar ke Lapangan Terbang Madinah dan check-in barang-barang jam 8.00 pagi. Penerbangan AirAsia X D7 9787 menuju ke Kuala Lumpur berlepas jam 11.00 pagi.
  • HARI 11

    Dijangka sampai di Lapangan Terbang KLIA2 12.55 tengah malam dengan selamat membawa kenangan indah Tanah Suci, Insya Allah.

SEMOGA SEMUA PARA JEMAAH DIGANJARI DENGAN UMRAH YANG MABRUR, AMEEN.