info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 12H10M
Tempat: Madinah Al Munawwarah, Makkah Al Mukarramah.
Harga: RM 10,990
Tempah Sekarang!

 

    • Tiket penerbangan ekonomi Saudia.
    • Urusan visa.
    • Pengangkutan di tanah suci.
    • Ziarah Madinah & Makkah.
    • Penginapan di Tanah Suci.
    • Makanan selera Melayu 3x sehari + minuman panas sejuk (24 jam).
    • Mutawwif yang berpengalaman.
    • Takaful perjalanan.
    • Perbelanjaan peribadi seperti cenderahati, dobi, panggilan telefon, lebihan bagasi & lain-lain.
    • tambang ziarah ke Thaif.
    • Mekah –  Hotel Deafah Mubarak /setaraf (350m dari Masjidin Nabawi)
    • Madinah – Hotel Zahra Al Khair/setaraf (200m-250m dari Masjidil Haram)
Nota:
– Harga & aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa seperti harga hotel, penerbangan & tukaran wang asing
– Harga kanak-kanak bagi yang berumur 2-4 tahun sahaja

 

ATURCARA PAKEJ

  • HARI 1

    Melapor diri di Lapangan Terbang KLIA2 jam 1.00 pagi bagi urusan check-in barang-barang oleh petugas syarikat. Penerbangan ke Jeddah jam 5.10 pagi dengan pesawat Air Asia X D7 700 dan dijangka sampai jam 9.40 pagi (waktu Saudi). Para jemaah akan disambut oleh wakil Muassasah dan syarikat serta diatur perjalanan bas berhawa dingin ke Madinah untuk check-in di Hotel Zahra Al Khair (atau setaraf).
  • HARI 2

    Selepas sarapan pagi dan berehat, para jemaah dibawa oleh Mutawif untuk berziarah ke Masjidin Nabawi termasuk Raudhah, Makam Rasulullah saw, S.Abu Bakar ®, S. Omar ® dan perkuburan Baqe’. Kembali dan berehat di Hotel.
  • HARI 3

    Aturcara bebas. Berpeluang Solat Jumaat di MASJIDIN NABAWI.
  • HARI 4

    Selepas sarapan pagi berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam sekitar Madinah termasuk Ladang Kurma. Kembali ke hotel.
  • HARI 5

    Pada sebelah pagi, ziarah wada’. Selepas Zohor, memakai ihram di hotel dan akan diatur perjalanan ke Makkah bagi melakukan umrah. Singgah di Miqat Masjid Bir Ali bagi solat sunat dan berniat Ihram. Setiba di Makkah, check-in Hotel Deafah Mubarak (atau setaraf). Selepas makan dan berehat, jemaah dibawa oleh Mutawif bagi melakukan umrah di Masjidil Haram. Kembali ke hotel dan berehat.
  • HARI 6

    Aturcara bebas.
  • HARI 7

    Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam dan tempat-tempat melakukan ibadah Haji di sekeliling Makkah. Berakhir di Masjid Ja’ranah di mana para jemaah boleh mengambil miqat umrah sekiranya ingin melakukan umrah sekali lagi. Pulang ke Hotel  atau terus melakukan umrah.
  • HARI 8-9

    Berada di Makkah dan bebas dengan ibadah masing-masing atau melakukan umrah. Di satu hari yang sesuai para jemaah akan dibawa ziarah ke Miqat Hudaibiyah. Menyambut 1 Ramadhan.
  • HARI 10

    Para jemaah akan tawaf wida’ (selamat tinggal) pada sebelah malam.
  • HARI 11

    Jam 3.00 pagi jemaah akan dihantar ke Lapangan Terbang Malik Abdul Aziz Jeddah dan check-in barang-barang jam 6.00 pagi. Penerbangan AirAsia X D7 701 menuju ke Kuala Lumpur berlepas jam 11.00 pagi.
  • HARI 12

    Dijangka sampai di Lapangan Terbang KLIA2 12.55 tengah malam dengan selamat membawa kenangan indah Tanah Suci, Insya Allah.

SEMOGA SEMUA PARA JEMAAH DIGANJARI DENGAN UMRAH YANG MABRUR, AMEEN.