info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 9 HARI 7 MALAM
Tempat: TUNISIA, AFRIKA UTARA
Harga: RM6,950

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Qatar Airways.
  • Penginapan di hotel 3*/4* beserta sarapan pagi.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Tips pemandu pelancong.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:
– Insurans perjalanan peribadi
– Air panas/ sejuk/ jus yang dipesan sewaktu makan
– Bayaran foto di Muzium Dar Cherait Tozeur dan program pilihan di Douz
– Menaiki unta di gurun sahara
– Caj lebihan bagasi, segala perbelanjaan persendirian & perkara-perkara yang tidak dinyatakan

HARI 01: KLIA/DOHA/TUNIS/KAIROUAN [MM]
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan mendaftar masuk penerbangan ke Doha jam 2:40 pagi. Ketibaan di Lapangan Antarabangsa Tunis jam 1:45 petang, anda akan disambut oleh wakil kami, dan meneruskan perjalanan ke Kairouan. Lawatan di Kairouan termasuk ke Masjid Besar Kairouan (yang telah dibina dalam tahun 1670 masehi oleh Uqba bin Nafaa seorang pejuang Islam terkenal, mengandungi 400 batang tiang) atau Masjid Uqba, souk dan bazaar, Zaouia Sidi Sahab (Berber Mausoleum); makam sahabat Rasulullah saw yang bernama Sidi Sahab atau Ibnu Jum’ah (yang dikebumikan dengan 3 helai rambut baginda SAW) dan kolam Aghlabides. Melawat kilang permaidani, kembali ke hotel, makan malam dan rehat.  

HARI 02: KAIROUAN/GAFSA/TOZEUR/ CHEBIKA/TEMIRZA/TOZEUR [SP/MT/MM]
Selepas sarapan, bertolak ke Tozeur melalui Gafsa. Sampai di Tozeur, , bertolak ke Metlaoui, makan tengahari di Tozeur. Melawat Chebika dan Temirza dengan 4 wheel drive, kawasan terkenal dengan desert oasis, kebun-kebun Tamar Deglet Nour dan air terjun di tengah-tengah gurun, Muzium Dar Cherait dan sekitar bandar ini (Bazaar dan kedai-kedai cenderahati, barang-barang yang boleh dibawa pulang antaranya ialah permaidani/rug kaum Berber, aksesoris perhiasan, buah tamar, perisa sirap [ros, violet, pistachio, pomegranate atau delima, pisang] dan bunga gypsum). 

HARI 03: TOZEUR / DOUZ @ GURUN SAHARA [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, meneruskan perjalanan ke Douz melalui Chatt El_Jerid (tasik garam yang memutih yang terbesar di dunia). Singgah untuk merakamkan kenangan. Sampai di Douz, mendaftar masuk hotel, makan tengahari dan acara pilihan ke Sabria dan El-Fouar. Acara pilihan untuk menunggang unta di Dunes of Douz dan Zaafrane & para gliding (permulaan gurun Sahara di selatan Tunisia). 

HARI 04: DOUZ/MATMATA/GABES/SFAX/PORT AL-KANTOUI/MONASTIR [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, meneruskan perjalanan ke Matmata, di Matmata kita akan menziarahi keluarga kaum Berber dan rumah-rumah yang dibuat di dalam gua, makan tengahari di hotel yang berdekatan dengan penempatan gua (Marhala Matmata Hotel) dan landskap matmata yang digunakan sebagai latar belakang pengambaran filem ”Starwars”. Pengembaraan anda diteruskan lagi ke El-Jem melalui Sfax, melawat Roman Coliseum di El-Jem. Perjalanan diteruskan lagi bertolak ke Monastir (bandar di pinggir Sousse. Pelabuhan penting bagi bangsa Phonecian atau Arab Kan’an yang digelar Rous Penna kemudian oleh Rom sebagai Ruspina berfungsi sebagai markas pertahanan di waktu berlakunya konflik antara Julius Caesar dan Pompei. Kota berkubu dengan lokasi yang strategik ini memainkan peranan penting dalam zaman pemerintahan bangsa Arab dan Turki). 

HARI 05: MONASTIR/SOUSSE/NABEUL/TUNIS [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, lawatan di Monastir termasuk ke Monastir Castle & Makam Habib Borguiba. Meneruskan perjalanan ke Sousse (mutiara laut Mediterranean, lokasi tumpuan pelancong mengadap laut. Melawat Medina, souk dan bazaar, dan tapak-tapak sejarah yang terdapat di dalamnya. Masa bebas membeli belah. Menyambung perjalanan ke Nabeul yang terkenal dengan perusahaan kraf Tunisia. Kembali ke Tunis, hotel, makan malam dan rehat. 

HARI 06: TUNIS/CARTHAGE/SIDI BOU SAID/TUNIS [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi ke Bardo untuk melawat khazanah sejarah dan kebudayaan Tunisia di Muzium Bardo. Muzium Bardo terkenal dengan koleksi Mozaik Roman terbesar di dunia. Bertolak ke Carthage (bandar di pinggir kota Tunis yang tercantik dihiasi oleh pohon-pohon tamar, villa-villa lama dan taman-taman yang dipenuhi bunga raya (red hibiscus) dan bunga kertas berwarna jingga. Lawatan termasuk ke tapak-tapak sejarah di kota ini. Makan tengahari di Pheniz Carthage Restaurant. Perjalanan diteruskan ke Sidi Bou Said (perkampungan Andalusia yang popular dengan rumah-rumah berwarna biru dan putih),lawatan termasuk ke perkampungan biru dan putih ini, kembali ke Tunis, masa bebas membeli belah di souq Old Medina, makan malam dan rehat.

HARI 07: TUNIS [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi Universiti Zaituniah- university tertua di dunia Arab, melawat Medina (old Town), dan Masjid Az-Zaitunniah. Old Medina Tunis diwartakan sebagai tapak warisan sejarah dunia. Masa bebas membeli belah di Souk dan Bazaarnya. Makan tengahari . Balik ke hotel lewat petang, makan malam dan rehat. 

HARI 08: TUNIS/DOHA/KUALA LUMPUR [SP]
Selepas sarapan pagi masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang Tunis untuk penerbangan pulang ke Malaysia. 

HARI 09: KLIA
Selamat sampai di KLIA jam 3:15 petang insya-Allah.


Harga : RM6,950/DEWASA

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***