info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 5 HARI 4 MALAM
Tempat: TOKYO & MT FUJI, JEPUN
Harga: RM5,259

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan hotel bertaraf 3*.
  • Pengangkutan bas sewa khas sepanjang lawatan .
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Harga untuk minimum 16 orang dewasa.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

– Tiket penerbangan pergi balik

– Tips pemandu pelancong, pemandu bas & porter

– Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, dobi, panggilan telefon, lebihan bagasi & lain-lain

NOTA

– Harga kanak-kanak bagi yang berumur 4-6 tahun sahaja

HARI 1– KUALA LUMPUR – TOKYO (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Narita/Haneda. Setibanya di Narita/Haneda, rombongan akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa ke Bandar Tokyo untuk ke TOKYO STATION & IMPERIAL PALACE GARDEN dan menunaikan solat di masjid tempatan. Selepas itu anda akan ke TOKYO TOWER OBSERVATORY 333. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Check-in hotel dan berehat.

HARI 2 – TOKYO CITY TOUR (S/MT/MM)
Selesai bersarapan, anda akan ke ASAKUSA NAKAMISE SHOPPING STREET untuk membeli belah. Kemudian akan bersolat di masjid berhampiran. Selepas itu anda akan dibawa untuk mempelajari teknik melukis Jepun dan akhir sekali ke ODAIBA ENTERTAINMENT ISLAND. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI 3 – TOKYO DISNEY TOUR (S/MT/MM)
Selesai bersarapan, anda akan dibawa ke TOKYO DISNEYLAND ATAU DISNEY SEA. Makan tengahari diberi di dalam bungkusan. Selepas lawatan, anda akan dibawa makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI 4 – TOKYO – MT FUJI – TOKYO (S/MT/MM)
Selesai bersarapan, bergerak ke MOUNT FUJI untuk menaiki bot di TASIK YAMANAKA. Selepas itu akan membeli belah di GOTEMBA PREMIUM OUTLET. Kembali ke Tokyo. Makan tengahari di restoran tempatan. Kembali ke hotel. Makan malam diberi dalam bungkusan.

HARI 5 – TOKYO – KUALA LUMPUR (S)
Selesai bersarapan, anda akan dibawa ke lapangan terbang Kansai untuk penerbangan balik ke KLIA.

Harga :  RM5,259/dewasa

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***