info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: SURABAYA, INDONESIA
Harga: RM985

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 20 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

Hari 1 – KUALA LUMPUR / SURABAYA / BROMO (MT,MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA2 3 jam sebelum berlepas ke Surabaya. Menaiki penerbangan Air Asia QZ321 berlepas jam 8.50 pagi dan dijangka tiba jam 10.30 pagi. Setibanya di Surabaya, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa mengunjungi Masjid Al Akbar. Selepas makan tengahari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke Cemorolawang dan check-in Hotel Nadia 3* (setaraf). Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan bermalam.

Hari 2 – BROMO / BATU MALANG / SURABAYA (S,MT,MM)
Pada jam 3.30 pagi, anda akan dibangunkan untuk memulakan aktiviti pendakian ke Gunung Bromo untuk melihat matahari terbit dari puncak gunung. Pendakian menggunakan kuda padi (bayaran sendiri). Kembali ke hotel untuk bersarapan. Lawatan diteruskan ke ladang epal Kusuma Agrowisata Apple Plantation dan East Java Miniature Park. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya aktiviti beli-belah di Desa Tanggulangin dan Kota Sidoarjo. Makan malam di restoran tempatan. Check-in Hotel Wiz Dharmo 3* (setaraf).

Hari 3 –  SURABAYA (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa melawat Masjid Cheng Ho; sebuah masjid bersejarah yang dibina oleh seorang Laksamana Laut kerajaan Cina. Seterusnya membeli-belah di Pusat Grosir Surabaya. Makan tengahari di restoran tempatan. Sambungan aktiviti beli-belah di Jembatan Merah Plaza. Kemudian mengunjungi Muzium Semporna dan Masjid Sunan Ampel. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan bermalam.

Hari 4 –  SURABAYA / KUALA LUMPUR (S)
Selesai sarapan pagi, check-out hotel dan anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Menaiki penerbangan Air Asia XT322 jam 12.25 tengahari dan dijangka tiba jam 4.05 petang dengan selamatnya, Insyaallah.

Harga: RM985 (DEWASA), RM790 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***