info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 13 Dec 2018 - 17 Dec 2018
Harga: RM3,500

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan Air Asia Kuala Lumpur-Incheon-Kuala Lumpur.
  • Penginapan hotel bertaraf 3*.
  • Pengangkutan bas sewa khas sepanjang lawatan .
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Tips pemandu pelancong.
  • Harga untuk minimum 25 orang dewasa.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

– Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, dobi, panggilan telefon, lebihan bagasi & lain-lain

Hari 1 : KUALA LUMPUR – INCHEON – ANSAN (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA/KLIA2 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Seoul. Sebaik tiba, rombongan akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa terus ke SONGDO ISLAND. Lawatan ke G TOWER OBSERVATORY, SIHWAEMBANKMENT dan OIDO ISLAND. Kemudian ke ANSAN MUSLIM MOSQUE dan ANSAN MULTICULTURAL FOODSTREET. Check-in di Hotel Hivis Boutique 3* (atau setaraf).  Makan tengahari dan makan malam disediakan. Bermalam di Ansan. 

Hari 2 : ANSAN – EVERLAND THEME PARK – SEOUL (S/MT/MM)
Selesai bersarapan dan check-out, anda akan dibawa ke EVERLAND THEME PARK untuk berhibur dengan pelbagai permainan yang disediakan. Lawatan ke MASJID ITAEWON. Seterusnya anda akan menonton salah satu dari pertunjukan ini (PAINTERS, BIBOB, FANTASTIC & NANTA). Check-in Hotel Mate 3* (atau setaraf). Makan tengahari dan makan malam disediakan. Bermalam di Seoul. 

Hari 3 : SEOUL – NAMI ISLAND – SKI RESORT – SEOUL (S/MT/MM)
Selesai bersarapan, destinasi pada hari ini ialah ke PULAU NAMI (pulau yang dijadikan tempat penggambaran drama Korea Winter Sonata). Kemudian ke SKI RESORT untuk aktiviti luncur salji (peralatan dan pakaian ski dengan bayaran sendiri; USD40/pax). Makan tengahari dan makan malam disediakan. Kembali ke hotel. Bermalam di Seoul. 

Hari 4 : SEOUL – SHOPPING TOUR (S/MT/MM)
Selesai bersarapan, anda akan dibawa mengunjungi GYEONGBOKGUNG PALACE, GINSENG OUTLET, PINE TREE CENTER, KEDAI BARANGAN KOSMETIK, KILANG AMETHYST dan membeli belah di SM DUTY FREE. Seterusnya sambungan aktiviti beli-belah MYEONGDONG SHOPPING STREET. Makan tengahari dan makan malam disediakan. Kembali ke hotel. Bermalam di Seoul. 

Hari 5 : SEOUL – INCHEON – KUALA LUMPUR (S)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel. Anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga : RM3,500 (DEWASA), RM3,350 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***