info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 5 HARI 4 MALAM
Tempat: SEOUL, KOREA SELATAN
Harga: RM2,515

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan.
  • Makan minum (3 sarapan, 4 makan tengahari, 4 makan malam)
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Harga minimum untuk 2 dewasa.

NOTA:

– Harga tidak termasuk caj lebihan bagasi, perbelanjaan persendirian dan perkara-perkara yang tidak dinyatakan

HANYA UNTUK KETIBAAN HARI ISNIN/SELASA SAHAJA

Hari 1 : KUALA LUMPUR – INCHEON – PULAU NAMI – MT SEORAK         (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA/KLIA2 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Seoul. Sebaik tiba, rombongan akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa terus ke PULAU NAMI (pulau yang dijadikan tempat penggambaran drama Korea Winter Sonata). Kemudian terus ke MT SEORAK (melawat taman negara Pergunungan Seorak dengan menaiki kereta kabel). Sekiranya berkesempatan, anda akan dibawa melawat pasar ikan Daepohang sebelum check-in di Hotel Ramada 3* (atau setaraf).  Makan tengahari dan makan malam disediakan.

Hari 2 : MT SEORAK – ODAESAN SHEEP FARM – SEOUL           (S/MT/MM)
Selesai bersarapan dan check-out, anda akan dibawa ke ODAESAN SHEEP FARM (pengunjung dapat merasai pengalaman memberi makan biri-biri dan berpeluang membuat pizza untuk makan tengahari). Seterusnya, anda akan dibawa ke Seoul dan ke SUWON HWASEONG FORTRESS. Makan malam disediakan. Check-in Hotel J&J Residence 3* (atau setaraf).

Hari 3 : LOTTE WORLD THEME PARK – KIMCHI SCHOOL & HANBOK        (S/MT/MM)
Selesai bersarapan, destinasi pada hari ini ialah ke LOTTE WORLD THEME PARK untuk berhibur dengan pelbagai permainan  yang disediakan. Kemudian anda akan dibawa ke KIMCHI SCHOOL (pelajari cara-cara membuat kimchi) dan memakai pakaian tradisional Korea; HANBOK. Makan tengahari dan makan malam disediakan. Kembali ke hotel.

Hari 4 : SEOUL – SHOPPING TOUR              (S/MT/MM)
Selesai bersarapan, anda akan dibawa mengunjungi CHANGDEOKGUNG PALACE, GINSENG SHOP, PINE TREE SHOP, KEDAI BARANGAN KOSMETIK dan KILANG AMETHYST. Seterusnya anda dibawa ke DONGDAEMUN MARKET ATAU NAMDAEMUN MARKET & MYEONGDONG STREET. Makan tengahari dan makan malam disediakan. Kembali ke hotel.

Hari 5 : SEOUL – INCHEON – KUALA LUMPUR
Anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM 2,515 (DEWASA), RM2,285 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***