info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 22 Oct 2018 - 31 Oct 2018
Tempat: AUCKLAND/ QUEENSTOWN/ CROMWELL/ TWIZEL/ TEKAPO/ GERALDINE/ CHRISTCHURCH/ MATAMATA/ HOBBITON/ ROTORUA/ TAUPO/ HAMILTON
Harga: RM7,650

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan antarabangsa dan domestik.
  • Penginapan 8 malam di chalet/ farmhouse/ cottage/ apartment.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan .
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Tips pemandu pelancong.

Harga Pakej Tidak Termasuk:

– Tips porter/bellboy
– Caj tambahan hujung minggu/ cuti umum di New Zealand
– Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, dobi, panggilan telefon, lebihan bagasi & lain-lain

HARI 1 (22/10/2018 , ISNIN) : KUALA LUMPUR – AUCKLAND
Berkumpul di KLIA2 4 jam sebelum penerbangan untuk urusan check in. Menaiki penerbangan Airasia X ke Auckland. 

HARI 2 (23/10/2018, SELASA) : AUCKLAND (MM)
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Auckland pada jam 4.30 petang (waktu ketibaan berdasarkan penerbangan yang digunakan). Anda akan dijemput oleh wakil kami dan akan dibawa ke bilik penginapan untuk urusan check in. Di dalam perjalanan anda akan diberi penerangan dan sedikit taklimat untuk trip anda ke New Zealand. Makan malam disediakan. Berehat  dan bermalam di Auckland.

HARI 3 (24/10/2018 , RABU) : AUCKLAND – QUEENSTOWN (S/MT)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Auckland untuk menaiki penerbangan domestic (Air New Zealand / Jetstar) ke Queenstown. Setibanya di Queenstown, anda akan dibawa untuk bersiar-siar di TASIK WAKATIPU. Anda berpeluang untuk menaiki *Queenstown Gondola & Luge Ride di sini. Anda akan dibawa menaiki gondola yang akan mendaki setinggi 450 meter menuju ke BOB’S PEAK. Gondola ini merupakan gondola yang tercuram di kawasan hemisfera selatan dan anda boleh melihat bandar Queenstown dan Tasik Wakatipu dengan jelas. Kemudian, anda akan dibawa ke WALTER PEAK FARM & TSS EARNSLAW.  Di sini, anda boleh melihat sendiri gaya hidup penduduk tempatan yang mengusahakan ladang ternakan mereka dalam skala yang besar dan komersil. Di sini anda berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan ternakan di sini seperti kambing biri-biri, rusa dan lembu. Anda juga berpeluang melihat penternak mengembala ternakan mereka.Ia juga dikenali sebagai WALTER PEAK HIGH COUNTRY FARM. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan yang sangat sesuai untuk berehat sambil menikmati pemandangan dengan kesegaran bayu dari Tasik Wakatipu kerana kedudukannya yang berada di kawasan pesisiran tasik itu. Kemudian, anda berpeluang untuk menaiki salah satu pelayaran klasik Queenstown iaitu *TSS EARNSLAW. Perjalanan santai selama 90 minit di atas kapal stim yang berusia 104 tahun ini akan memberi kepuasan kepada anda kerana anda boleh menikmati pemandangan yang sangat indah di sekitar Tasik Wakatipu ini. Selain berpeluang menikmati pemandangan sekitar, anda boleh melihat sendiri bagaimana kapal stim ini beroperasi dengan melawat ke bilik enjin dan melihat sendiri enjin stim gergasinya yang unik. Selain itu, terdapat beberapa tarikan lain seperti mini muzium dan sedikit jamuan makanan tempatan di restoran mini yang disediakan. Sebaik tiba, anda akan dibawa ke COLONEL’S HOMESTEAD untuk menikmati teh di dalam suasana klasik New Zealand. Selesai lawatan, anda akan dibawa ke apartment untuk urusan check in. Makan tengahari disediakan. Untuk makan malam, anda akan dibawa ke restoran tempatan. Berehat dan bermalam di Queenstown.

HARI 4 (25/10/2018 , KHAMIS) : QUEENSTOWN (S/MT)
Selepas sarapan pagi, lawatan hari ini akan membawa anda ke MILFORD SOUND. Kawasan ini terletak di di dalam TAMAN NEGARA FIORDLAND di kawasan barat daya New Zealand. Ianya merupakan sebahagian daripada kawasan Te Wahipounamu iaitu sebuah tapak warisan UNESCO. Ianya terletak di kawasan pedalaman dan dikelilingi oleh kawasan tebing yang curam dan kawasan hutan hujan yang masih tidak dicerobohi oleh manusia dan terjamin keasliannya. Tarikan utama kawasan ini ialah pemandangan yang sangat memukau, warna air di tasiknya yang gelap kehitaman serta sebuah air terjun di cerun yang sangat cantik. Salah satu cara untuk anda menikmati pemandangan di sini adalah dengan menaiki *cruise yang akan membawa menjelajah ke sekitar kawasan ini dengan lebih dekat sehinggalah ke kawasan Laut Tasman dan kembali semula. Tetapi sekiranya anda tidak berminat untuk menaiki cruise, anda masih boleh bersiar-siar di kawasan sekitar di sepanjang Milford Road yang menjanjikan pemandangan yang mempesonakan. Kembali ke bandar Queenstown. Makan tengahari disediakan. Untuk makan malam, anda akan dibawa ke restoran tempatan. Berehat dan bermalam di Queenstown. 

HARI 5 (26/10/2018 , JUMAAT) : CROMWELL – TWIZEL – TEKAPO (S/MT)
Selepas sarapan pagi, meneruskan perjalanan ke CROMWELL (perjalanan sejauh 60km @ 1 jam). Lawatan pertama akan membawa anda ke MRS JONES ORCHARD. Kebun buah-buahan ini telah diusahakan oleh Doug & Eletheria Jones sejak tahun 1980-an. Sejak itu, kebun buah-buahan ini semakin berkembang maju sehingga kini. Di sini, anda boleh mendapatkan buah-buahan segar dan kering seperti epal, aprikot, ceri, pic, dan sebagainya. Malah, anda berpeluang untuk *berjalan-jalan sekitar ladang untuk melihat sendiri bagaimana tanaman ini dijaga dengan rapi untuk mengekalkan kualitinya. Selesai lawatan, anda akan dibawa ke *WANAKA PUZZLING WORLD. Ianya merupakan salah satu lokasi yang akan menghiburkan anda kerana binaannya yang sangat unik dan memerlukan anda untuk cuba memahaminya dengan lebih mendalam. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke TWIZEL (perjalanan sejauh 65 km @ 1 ¾ jam). Di Twizel anda akan dibawa ke HIGH COUNTRY SALMON FARM. Kawasan penternakan ikan salmon ini terletak di perairan WAIREPO ARM. Di sini, anda boleh membeli ikan salmon segar, memberi makan ikan atau berehat dan menikmati pemandangan indah di sekitar Wairepo Arm. Malah, anda boleh juga menikmati kopi dan teh panas beserta snek-snek ringan di restoran yang disediakan. Selesai lawatan, anda akan ke AORAKI VILLAGE dengan melalui MOUNT COOK VILLAGE (perjalanan sejauh 65km @ 1 jam). Anda akan berhenti di kawasan Tasik Pukaki untuk menikmati pemandangan indah dan hidupan liar semulajadi di sini dan ke sekitar kawasan Aoraki Village. Jika anda peminat filem The Hobbit, pastinya kawasan ini akan menggamit memori anda kerana ianya merupakan lokasi penggambaran filem berkenaan. Kawasan tasik ini yang berlatarbelakangkan Pergunungan Cook merupakan sebuah kawasan yang sangat istimewa kerana keindahan puncak gunung serta taburan batu-batu indah di sekitar tasik yang sangat menarik. Berhampiran kawasan ini terdapat sebuah kawasan yang dipanggil Mount Cook Village yang menempatkan beberapa jenis penginapan serta keperluan asas yang lain. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke TEKAPO (perjalanan sejauh 110km @ 1 ½ jam). Anda akan terpukau dengan keindahan Tasik Tekapo yang berwarna kebiruan berlandskapkan kawasan pergunungan di sekitar Alps Selatan. Landskap yang indah ini ditambah pula dengan glasier semulajadi di sekitar gigi airnya. Kawasan ini sangat sesuai digunakan untuk melihat pemandangan langit pada waktu malam serta ianya merupakan satu kawasan yang akan berlaku fenomena aurora kerana kehitaman langitnya pada waktu malam. Makan tengahari disediakan. Untuk makan malam, anda akan dibawa ke restoran tempatan. Check in apartment bermalam di Tekapo. 

HARI 6 (27/10/2018, SABTU) : TEKAPO – GERALDINE – CHRISTCHURH – AUCKLAND (S/MT)
Selepas sarapan pagi, anda akan meneruskan perjalanan ke GERALDINE (perjalanan sejauh 90 km @ 1 jam). Anda akan tiba di satu kawasan perkampungan iaitu Geraldine Village. Perkampungan kecil yang indah ini terletak jauh dari kawasan bandar dan masih mempunyai keindahan alamsemulajadi yang masih asli. Anda akan diberi masa untuk bersiar-siar di sekitar kawasan pekan dan boleh membeli belah pelbagai barangan cenderahati. Selepas itu, anda akan dibawa ke CHRISTCHURCH (perjalanan sejauh 140km @ 2 jam). Di sini anda boleh menaiki *sampan atau lebih popular dengan gelaran ‘PUNT’. Di sepanjang Sungai Avon. Sampan atau PUNT ini akan dikemudi oleh seorang lelaki yang berpakaian kemeja biru berjalur-jalur dan memakai topi. Nikmati pemandangan indah dan bersih di sekitar sungai ini. Meneruskan perjalanan ke *MONA VALE iaitu sebuah taman yang menjadi tarikan pelancong. Di sini anda dapat melihat rekabentuk bangunan dan rumah yang lama dan klasik serta perhiasan taman yang lain seperti air pancut dan sebagainya. Taman ini tersenarai antara kawasan warisan New Zealand oleh Heritage New Zealand. Makan tengahari di sediakan. Makan malam di restoran tempatan. Selepas itu, anda akan bertolak semula ke Auckland dengan menaiki penerbangan domestik Jetstar / Air New Zealand (penerbangan malam). Tiba di Auckland dan akan bermalam di Auckland.

HARI 7 (28/10/2018 , AHAD) : MATAMATA – HOBBITON – ROTORUA (S/MT)
Selepas sarapan pagi, bertolak ke MATAMATA (perjalanan sejauh 170km @ 2 ¼ jam). Anda akan dibawa ke Hobbiton untuk *Hobbiton Tour. Lokasi ini merupakan lokasi penggambaran filem Hobbit. Anda berpeluang untuk bersiar di kawasan ini dan melihat kawasan penggambaran ini yang sungguh menakjubkan. Seterusnya anda akan dibawa ke ROTORUA (perjalanan sejauh 70km @ 1 jam). Anda akan tiba di TASIK ROTORUA. Nikmati pemandangan indah di sini di sepanjang perjalanan. Rotorua mempunyai 18 tasik dan 3 sungai utama yang menjadi nadi utama bandar ini. Kawasan ini merupakan impian setiap kaki pancing untuk memancing sambil menikmati pemandangan indah sekitarnya.  Selepas itu, anda akan ke ROTORUA ROSE GARDEN. Kawasan ini begitu sinonim sebagai lokasi pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Bunga-bungaan di kawasan ini akan berbunga mekar pada pertengahan November sehingga bulan Jun dan paling mekar pada musim panas. Makan tengahari disediakan. Makan malam di restoran tempatan. Check in apartment dan bermalam di Rotorua.

HARI 8 (29/10/2018 , ISNIN) : ROTORUA – TAUPO (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa bersiar-siar ke sekitar Rotorua dan akan dibawa ke *SKYLINE GONDOLA/LUGE RIDES. Gondola ini membolehkan anda menikmati pemandangan ke sekitar Tasik Rotorua dan sekitar bandar Rotorua dan rekabentuk muka bumi yang unik di sini. Seterusnya meneruskan perjalanan ke TAUPO (perjalanan sejauh 70km @ 1 jam). Anda akan dibawa ke Air Terjun Huka. Air terjun ini merupakan sebuah air terjun terbesar di Sungai Waikato. Sungai ini adalah selebar 100m dan setinggi 20m. setiap saat, sebanyak 220,000 liter air menderu sehingga ke kejauhan 8 meter untuk mebentuk kolam air yang berwarna biru kehijauan. Huka merupakan perkatan Maori yang membawa maksud buih kerana air terjun ini banyak menghasilkan buih kerana deruan airnya yang deras. Anda juga akan dibawa bersiar-siar di sekitar Tasik Taupo. Kembali ke Rotorua (perjalanan sejauh 70km @ 1 jam perjalanan). Bermalam di Rotorua.

HARI 9 (30/10/2018 , SELASA) : ROTORUA – HAMILTON – AUCKLAND (S/MT)
Selesai sarapan pagi, lawatan hari ini akan ke HAMILTON (perjalanan sejauh 140km @ 1 ½ jam). Lawatan hari ini akan membawa anda *AGRODOME FARM SHOW. Di sini anda dapat melihat persembahan pengusaha kambing biri-biri mencukur dan mengembala kambing biri-biri mereka. Malah anda dapat melihat sendiri demonstrasi mengembala kambing dan itik oleh anjing mereka yang faham menerima arahan dengan cekap. Selepas itu, anda akan bertolak ke HAMILTON (perjalanan sejauh 140 km @ 1 ½ jam) untuk ke HAMILTON GARDEN. Hamilton Garden ialah sebuah taman awam di selatan Hamilton. Keluasan taman ini adalah seluas 54 hektar dan merangkumi beberapa jenis taman, laman terbuka, tasik, pusat-pusat persidangan dan tanah perkuburan. Kawasannya yang berhampiran Sungai Waikota pastinya akan menjanjikan pemandangan yang cukup indah dan mempesona. Selesai lawatan, meneruskan perjalanan ke Masjid Hamilton atau UMAR MOSQUE Kita akan berehat dan menunaikan solat di sini (mengikut kesesuaian waktu). Jika berkesempatan, makan tengahari ala berbeku akan dihidangkan. Kembali ke Auckland. Makan malam dan check in penginapan dan bermalam di Auckland.

HARI 10 (31/10/2018 , RABU) : AUCKLAND – KUALA LUMPUR  (S/MT)
Selepas sarapan pagi, check-out dan bebas dengan aktiviti masing-masing. Jika berkesempatan, bersiar-siar di sekitar Bandar Auckland dan akan membeli belah di Dressmart Outlet Shopping Cornwall. Makan tengahari disediakan. Selesai lawatan, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

  • Segala perbelanjaan tiket masuk & permainan adalah TIDAK termasuk di dalam harga pakej & atas tanggungan sendiri
  • Anda akan dihantar ke restoran tempatan untuk makan malam & atas tanggungan sendiri (NZD8-NZD15)

Harga : RM7,650/DEWASA

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***