info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 10 HARI 8 MALAM
Tempat: MESIR-PELAYARAN SUNGAI NIL
Harga: RM6,650

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Qatar Airways.
  • Penginapan 4 malam di hotel 3*, 1 malam di dalam keretapi, 3 malam di kapal pelayaran.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Tips pemandu pelancong.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:
– Insurans perjalanan peribadi
– Perbelanjaan persendirian dan lebihan bagasi
– Bayaran fotografi tempat-tempat lawatan
– Tips bellboy/ porter

HARI 01 : KLIA – DOHA – KAHERAH [MT/MM]
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke Kaherah melalui Doha jam 2:40 pagi. Ketibaan di Kaherah jam 12:00 tengahari, makan tengahari di restoran tempatan. Melawat Citadel of Saladin dan Masjid Mohamed Ali. Daftar masuk hotel. Makan malam dan rehat. Bermalam di Kaherah.

HARI 02: KAHERAH – GIZA – KAHERAH [SP/MT/MM]
Selepas sarapan, sehari penuh lawatan termasuk Piramid Giza, Sphinx, kilang minyak wangi, makan tengahari, Muzium Mesir dan Institut Papyrus. Kembali ke hotel, makan malam dan rehat. Bermalam di Kaherah.

HARI 03: KAHERAH – ISKANDARIAH – KAHERAH [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Iskandariah, menziarahi Kubu Qait Bay, makan tengahari di restoran tempatan, ziarah Masjid Abu al-Abbas. Kemudian melawat ke Taman Montazah dan melihat Istana Raja Farouk. Pulang semula ke Kaherah. Makan malam dan rehat. Bermalam di Kaherah.

HARI 04: KAHERAH – ASWAN [SP/MT/MM]
Sarapan pagi, menziarah Masjid & maqam Imam As-Shafie, makan tengahari, menziarahi Masjid Azhar dan Masjid Hussein dan membeli belah di Khan Al-Khalili Bazar. Menaiki keretapi dengan sleeping berth untuk ke Aswan. Bermalam di dalam keretapi.

HARI 05: ASWAN [SP/MT/MM]
Sarapan didalam keretapi. Tiba di Aswan, sehari penuh lawatan termasuk High Dam, Obelisk, menaiki kapal perlayaran Sungai Nil, makan tengahari, menaiki Felucca mengelilingi Pulau Elephantine dan Agha Khan Mausoleum. Makan malam dan istirehat. Bermalam di kapal pelayaran. Acara pilihan: Nubian Village @ USD 30 seorang.

HARI 06: ASWAN – KOM OMBO – EDFU [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, masa bebas. Makan tengahari sebelum belayar ke Kom Ombo dan melawat Temple of Kom Ombo. Meneruskan pelayaran ke Edfu. Makan malam dan istirehat. Bermalam di kapal pelayaran.

HARI 07: EDFU – LUXOR [SP/MT/MM]
Sarapan pagi, melawat Temple of Horus. Terus belayar ke Luxor. Makan tengahari. Tiba di Luxor, masa bebas. Makan malam dan istirehat. Bermalam di kapal pelayaran.

HARI 08: LUXOR [SP/MT/MM]
Selepas sarapan, check out dari kapal pelayaran, melawat King’s Valley, Temple of Queen Hatshepsut, kilang Alabaster, Colossi of Memnon. Makan tengahari. Daftar masuk hotel. Melawat Karnak Temple dan Luxor Temple. Makan malam dan istirehat. Bermalam di Luxor. Acara pilihan: Hot-air balloon @ USD 130 seorang.

HARI 09: LUXOR – DOHA [SP]
Selepas sarapan pagi, bertolak ke lapangan terbang Luxor dan berlepas pulang ke Malaysia melalui Doha.

Hari 10: KLIA
Tiba di KLIA pada jam 7:55 pagi dengan selamat, Insyaa Allah.
Harga : RM6,650/DEWASA, RM5,750/KANAK-KANAK


***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***