info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: MEDAN/ PARAPAT/ BRASTAGI, MEDAN
Harga: RM890

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 16 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

HARI 1 : KUALA LUMPUR – MEDAN – PARAPAT (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 2, 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Medan. Setibanya di Medan rombongan akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa ke Parapat Lake Toba. Makan tengahari di restoran tempatan. Sambung perjalanan dan singgah di Patent Shop untuk membeli produk makanan tempatan (Teng Teng, Ting Ting dan sebagainya). Sebaik tiba di Parapat, cehck-in Danau Toba Cottage 3* (atau setaraf). Makan malam disediakan.

HARI 2 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – PARAPAT – BRASTAGI (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menaiki bot di Lake Toba untuk melawat Tomok Village dan Ambrita Village. Kembali ke Parapat dan makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Berastagi. Dalam perjalanan, singgah di Simarjunjung untuk menikmati teh halia dan pisang goreng. Berhenti sebentar di air terjun Sipiso Piso untuk mengambil gambar. Sebaik tiba di Brastagi, berhenti di Central Fruit Market untuk membeli buah-buahan tempatan, sayur-sayuran dan bunga. Check-in Hotel Green Garden 3* (atau setaraf). Makan malam disediakan.

HARI 3 : BRASTAGI – MEDAN (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, check out hotel dan bertolak ke Medan melalui Sibolangit dan Sembahe (+2 jam perjalanan). Setibanya di Medan, melawat ke kedai cenderamata dan batik. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas makan tengahari, melawat ke Pasar Ikan Lama dan Medan Mall.  Check-in Hotel Garuda Plaza 3* (atau setaraf). Makan malam disediakan.

HARI 4 : MEDAN – KUALA LUMPUR (S)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel. Anda akan dibawa melawat ke Istana Maimoon untuk melihat Istana Sultan Deli yang dibina pada 1888 dan berhenti di Kedai Batik untuk membeli-belah saat akhir. Kemudian anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Medan untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM890 (DEWASA), RM710 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***