info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: MEDAN, INDONESIA
Harga: RM720

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*/4*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 4 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

HARI 1 : KUALA LUMPUR – MEDAN – BERASTAGI (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 2, 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Medan Setibanya di Medan rombongan akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa melawat ke ISTANA MAIMOON untuk melihat ISTANA SULTHAN DELI yang dibina pada 1888.  Dalam perjalanan, akan berhenti di KEDAI BATIK untuk membeli belah. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke BERASTAGI  dan berhenti di CENTRAL FRUITS MARKET untuk membeli buah-buahan tempatan, sayur-sayuran dan bunga. Makan malam di restoran tempatan. Check in hotel 3*.

HARI 2 : BERASTAGI – MEDAN (S/MT/MM)
Bersarapan di hotel dan check-out, kemudian bergerak ke MEDAN.  Setibanya di Medan, melawat ke kedai cenderamata dan batik. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas makan tengahari, melawat ke PASAR IKAN LAMA dan MEDAN MALL.  Makan malam di restoran tempatan dan check-in hotel 4*.

HARI 3 : MEDAN SHOPPING (S/MT/MM)
Bersarapan di hotel dan akan membeli belah di PASAR PETISAH (pasar tradisional) dan MEDAN FAIR PLAZA atau SUN PLAZA (kedai barangan berjenama). Makan tengahari di restoran tempatan. Kembali ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 4 : MEDAN – KUALA LUMPUR (S)
Bersarapan di hotel dan check-out. Aktiviti bebas. Kemudian akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM720 (DEWASA), RM475 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***