info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: KRABI, THAILAND
Harga: RM1,225

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Makan & minum seperti di dalam aturcara.
  • Transfer Lapangan Terbang – Hotel – Lapangan Terbang.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.

NOTA:
– Harga tidak termasuk tiket penerbangan pergi & balik
– Harga tidak termasuk caj lebihan bagasi, perbelanjaan persendirian dan perkara-perkara yang tidak dinyatakan
– Harga minimum dari 16 dewasa

Hari 1 – KUALA LUMPUR / KRABI (MM)
Berkumpul 3 jam sebelum bertolak ke Krabi dengan penerbangan Airasia. Setibanya di Krabi, anda akan dijemput oleh wakil kami dan akan dibawa ke sekitar bandar Krabi. Makan malam di restoran tempatan. Dihantar ke hotel untuk urusan check in dan bermalam.

Hari 2 –  LAWATAN KE 4 PULAU (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa untuk menaiki bot ke 4 pulau pilihan iaitu ke CHICKEN ISLAND. Di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan yang indah disamping berpeluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti snorkeling dan riadah yang lain. Kemudian anda akan dibawa ke THAP ISLAND. Keistimewaan pulau ini ialah ia merupakan sebuah pulau yang masih kurang dikunjungi pelancong. Jadi anda masih boleh menikmati keaslian dan keputihan pasir di pesisir pantai pulau ini. Anda juga akan menikmati makan tengahari di pulau ini. Meneruskan perjalanan ke PODA ISLAND dan anda bebas melakukan sebarang aktiviti riadah sendiri. Lawatan terakhir ialah ke PRANANG CAVE & PANTAI RAI LAY. Anda akan dibawa menaiki bot untuk menikmati pemandangan di sekitar gua ini. Selesai beriadah di pantai, anda akan dibawa kembali ke Krabi untuk makan malam. Kembali ke hotel dan berehat.

Hari 3 – KRABI TOUR (S,MT,MM)
Selesai sarapan pagi, hari ini anda akan dibawa ke WAREERAK HOT SPRING. Selepas itu, anda akan dibawa ke EMERALD POOL, iaitu sebuah taman negara yang penuh dengan himpunan zamrud yang berwarna warni dan anda boleh berenang di kolam ini. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu anda berpeluang menaiki gajah dan bermain dengan mereka di KRABI ELEPHANT CAMP. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 4 – KRABI / KUALA LUMPUR (S)
Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sehingga tiba waktu dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM1,225/DEWASA, RM960/KANAK-KANAK

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***