info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 6 HARI 5 MALAM
Tempat: KERALA, INDIA
Harga: RM2,855

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan hotel 3* & Houseboat.
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Visa India.
  • Harga untuk minimum 16 orang dewasa.

HARGA TIDAK TERMASUK:
– Bayaran bagasi lebih had
– Tiket penerbangan pergi & balik
– Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi dan lain-lain
– Poterage di hotel
– Pelancongan pilihan (tambahan) & insurans peribadi

HARI 1: KUALA LUMPUR – COCHIN
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA/KLIA2 3 jam sebelum berlepas. Berlepas ke Cochin dengan penerbangan MALINDO AIR/ AIR ASIA. Sebaik tiba, anda akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa daftar masuk ke hotel bertaraf 3*. Aktiviti bebas dan berehat.

HARI 2: COCHIN – MUNNAR (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan bertolak ke Munnar. Perjalanan sejauh 140KM (mengambil masa lebih kurang 3 jam) dan melalui ladang cili, ladang buah pelaga, ladang teh dan hutan yang masih terpelihara dari pencemaran. Sebaik tiba di Munnar, daftar masuk hotel bertaraf 3* dan aktiviti bebas. Makan tengahari dan makan malam disediakan.

HARI 3: MUNNAR (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan sehari sekitar Munnar; bersiar-siar di dataran rumput yang luas, menikmati pemandangan indah ladang teh dan air terjun. Seterusnya lawatan ke Empangan Mattupetty, Echo Point, Tasik Kundale, Blossom Garden, Rajamalai & Tea Plantation. Pada sebelah petang kembali ke hotel dan aktiviti bebas. Makan tengahari dan makan malam disediakan.

HARI 4: MUNNAR – PERIYAR (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Anda akan dibawa ke Thekkady; sepanjang perjalanan, nikmati keindahan semulajadi air terjun dan sungai-sungai. Sebaik tiba di Thekkady, daftar masuk hotel bertaraf 3*. Pada sebelah petang, anda boleh menjelajah Taman Negara Thekkady (pelbagai spesis flora dan fauna boleh ditemui). Kemudian menaiki bot di Periyar Sanctuary. Kembali ke hotel dan aktiviti bebas. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 5: PERIYAR – ALLEPPEY (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan anda akan dibawa ke Alleppey. Sebaik tiba, daftar masuk Houseboat. Nikmati pemandangan indah sawah padi, resort-resort dan desa-desa. Bermalam di Houseboat. Makan tengahari dan makan malam disediakan.

HARI 6: ALLEPPEY – COCHIN (S/MT)
Selepas sarapan pagi di Houseboat, daftar keluar dan terus ke Cochin. Sebaik tiba di Cochin, lawatan sekitar bandar seperti Chinese Fishing Net dan Indo-Portugese Museum. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur menaiki MALINDO AIR/ AIR ASIA.

HARGA: RM2,855/DEWASA, RM2,560/KANAK-KANAK

*HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA*