info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 05 May 2018 - 11 May 2018
Tempat: JORDAN & BAITULMAQDIS
Harga: RM6,900

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Qatar Airways
  • Penginapan 5 malam di hotel 3* / setaraf
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong
  • Tips pemandu pelancong
  • Insurans perjalanan

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
– Caj lebihan bagasi, segala perbelanjaan persendirian & perkara-perkara yang tidak dinyatakan

NOTA :
– Harga adalah untuk berkumpulan minima 15 dewasa
– Harga & aturcara tertakluk kepada perubahan tanpa notis

HARI 1 (05/05/2018 , SABTU) : KUALA LUMPUR / DOHA / AMMAN (MM)

Berkumpul 4 jam sebelum penerbangan ke Amman pada jam 9.40 pagi dengan penerbangan Qatar Airways. Transit di Doha pada jam 12.20 tengahari (waktu tempatan) sebelum menyambung penerbangan pada jam 4.40 petang. Dijangka tiba di Amman pada jam 7.40 malam (waktu tempatan). Sebaik tiba, anda akan dijemput wakil kami. Makan malam di restoran tempatan dan akan daftar masuk ke hotel. Bermalam di Amman.

HARI 2 (06/05/2018 , AHAD) : AMMAN / JERUSALEM (S/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan akan meneruskan lawatan ke makam Nabi Yusha Bin Noon dan makam Nabi Syua’ib. Selepas itu, anda akan dibawa ke King Hussein Bridge (Allenby Bridge) iaitu sebuah jambatan yang memisahkan Jordan dan Israel. Selepas melepasi sempadan, anda akan dibawa ke Jericho untuk ke sebuah masjid yang dipercayai pernah disinggahi oleh Nabi Musa dan akan menziarahi makam baginda. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Selesai lawatan, akan dibawa untuk daftar masuk hotel. Bermalam di Jerusalem.

HARI 3 (07/05/2018 , ISNIN) : JERUSALEM (S/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, meneruskan perjalanan ke Kota Lama Jerusalem menuju ke Dome of Rock. Masih di lokasi sama, anda akan dibawa ke Masjid Al Aqsa dan Masjid Al Buraq. Lawatan diteruskan ke Makam Sayyidina Isa. Anda berpeluang untuk membeli belah di Old Market Jerusalem untuk mendapatkan barangan cenderahati hasil buatan tangan penduduk tempatan yang sangat menarik, sesuai untuk dijadikan cenderahati dan kenangan. Terus ke Masjid Omar bin Khattab. Selepas itu anda akan dibawa ke Mount of Olive; sebuah puncak yang tinggi di timur Jerusalem di mana anda dapat menikmati pemandangan indah seluruh kawasan Jerusalem. Kawasan ini dinamakan “Bukit Zaitun” kerana ianya pernah menjadi kawasan perkebunan buah zaitun pada zaman dahulu. Anda juga dapat melihat perkuburan yahudi di kawasan ini. Meneruskan perjalanan ke makam Salman Al Farisi dan ke Masjid Salman Al Farisi. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan bermalam.

HARI 4 (08/05/2018 , SELASA) : HEBRON & BETHLEHEM (S/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, lawatan hari ini akan diteruskan ke Hebron dan Bethlehem. Hebron adalah sebuah lokasi terletaknya makam Nabi Ibrahim AS bersama isteri, Sarah dan dua orang anaknya iaitu Nabi Ishak dan Nabi Yaakub. Nama Hebron berasal daripada perkataan Ibrani yang bermaksud ‘rakan’. Bethlehem pula merupakan sebuah lokasi yang popular dalam kalangan penganut yahudi kerana mereka percaya bahawa di sinilah tempat kelahiran Nabi Isa. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan berehat.

HARI 5 (09/05/2018 , RABU) : LAUT MATI (S/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, check out hotel. Anda akan dijemput untuk kembali ke Jordan melalui Jambatan Raja Hussein. Lawatan hari ini akan ke Laut Mati. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Check in hotel dan bermalam.

HARI 6 (10/05/2018 , KHAMIS) : ASHABUL KAHFI / AMMAN / DOHA (S,MT)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan akan ke 7 Slepeers Cave (Ashabul Kahfi). Sebuah kisah yang sangat popular berkenaan dengan 7 pemuda yang melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk mengelakkan diri daripada dibunuh oleh pemimpin mereka yang sangat kejam kerana mereka memegang teguh ajaran Allah. Meneruskan lawatan ke Bandar Amman dan Citadel ; iaitu sebuah titik paling tinggi di Amman dan sebuah tapak purba lama. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Doha pada jam 9.15 malam.

HARI 7 (11/05/2018 , JUMAAT) : DOHA – KUALA LUMPUR

Sambungan penerbangan pada jam 2.25 pagi dan dijangka tiba di KLIA pada jam 3.30 petang, InsyaAllah.

JADUAL PENERBANGAN

TARIKH

PENERBANGAN SEKTOR MASA

 05/05/2018

QR0845 KUL/DOH 0940/1220

05/05/2018

QR0400 DOH/AMM

1640/1940

10/05/2018 QR0401 AMM/DOH

2115/0005+1

11/05/2018 QR0848 DOH/KUL

0225/1530

Harga : RM6,900/DEWASA

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***