info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: JOGJAKARTA-SOLO, INDONESIA
Harga: RM1,170

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 20 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

HARI 1 : KUALA LUMPUR – JOGJAKARTA (CITY TOUR & PARANGTRITIS) (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA2, 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Jogjakarta. Setibanya di Jogjakarta rombongan akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa melawat ke ISTANA SULTAN, ISTANA AIR TAMAN SARI. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke KOTAGEDE, pusat pembuatan barangan perak, KILANG COKLAT MONGGO JOGJA. Petang akan bergerak ke PANTAI PARANGTRITIS untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Makan malam di restoran tempatan. Check-in hotel 3*/ setaraf. Aktiviti bebas.

HARI 2 : JOGJAKARTA – SOLO – JOGJAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, meneruskan perjalanan ke BANDAR SOLO untuk mengunjungi ISTANA MENGKUNEGARAN SOLO, PASAR TRADISIONAL KLEWER (pasar yang popular menjual barangan batik dengan harga yang murah) dan PASAR ANTIK TRIWINDU. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke KILANG BATIK DANAR HADI dan KAMPUNG BATIK LAWEYAN untuk menyaksikan sendiri proses pembuatan batik. Kembali ke Jogjakarta. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 3 : JOGJAKARTA (BOROBUDUR/MALIOBORO/SHOPPING) (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, memulakan perjalanan dengan melawat ke KAMPUNG KALI ADEM untuk menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku hasil daripada letupan daripada GUNUNG BERAPI MERAPI pada November, 2010. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke Kuil Buddha di CANDI BOROBUDUR, kemudian akan mengunjungi CANDI MENDUT dan CANDI PAWON. Kembali ke yogyakarta untuk membeli belah di tiga tempat popular iaitu OMAH MODE, COSMO & DAGADU dan seterusnya akan bergerak ke JALAN MALIOBORO untuk membeli barangan kraf tradisional. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI 4 : JOGJAKARTA – KUALA LUMPUR (S)
Selepas sarapan, check-out hotel dan akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM1,170 (DEWASA), RM1,050 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***