info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 5 HARI 4 MALAM
Tempat: JAKARTA & BANDUNG, INDONESIA
Harga: RM1105

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 4 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

HARI 1 : KLIA/KLIA2 – JAKARTA – BANDUNG (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA/KLIA 2, 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Jakarta. Setibanya di Jakarta rombongan akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa lawatan ke MONAS, RUMAH BATIK dan TAMAN MINI. Selepas makan tengahari, rombongan terus dibawa ke Bandung. Setibanya di Bandung, membeli-belah di CIHAMPELAS JEANS CENTER dan FACTORY OUTLET. Makan malam di restoran tempatan. Check-in Hotel Triniti 3* (atau setaraf) dan bermalam.

HARI 2 : BANDUNG (S/MT/MM)
Selepas bersarapan pagi, berkumpul untuk meneruskan perjalanan bagi menikmati pemandangan bandar Bandung melalui beberapa kawasan menarik seperti GEDUNG SATE dan BANGUNAN ASIA AFRIKA. Kemudian meneruskan perjalanan ke PASAR TERAPUNG dan DUSUN BAMBU. Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalan ke PASAR BAROE dan FACTORY OUTLET untuk membeli belah. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 3 : BANDUNG – JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel dan terus ke Jakarta melalui Cipularang Highway. Singgah di ANCOL CITY BAY & ART MARKET. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian aktiviti beli-belah di MANGGA DUA. Makan malam di restoran tempatan. Check-in Hotel V 3* (atau setaraf)

HARI 4 : JAKARTA (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, melawat ke kawasan bersejarah seperti MUZIUM NASIONAL , MONUMEN NASIONAL (MONAS) dan SUNDA KELAPA HARBOUR. Meneruskan perjalanan ke tempat mebeli-belah seperti SARINAH MALL. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 5 : JAKARTA – KLIA/KLIA2
Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sehingga di bawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM1105 (DEWASA), RM785 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***