info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 31 Aug 2018 - 06 Sep 2018
Tempat: DELHI/ AGRA/ KASHMIR
Harga: RM4,390

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan hotel 3* dan houseboat.
  • Tiket penerbangan domestik Delhi – Srinagar – Delhi .
  • Tiket penerbangan antarabangsa Kuala Lumpur-Delhi-Kuala Lumpur.
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Visa India.
  • Harga untuk minimum 16 orang dewasa.

HARGA TIDAK TERMASUK:
– Bayaran bagasi lebih had
– Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi dan lain-lain
– Poterage di hotel
– Pelancongan pilihan (tambahan) & insurans peribadi

HARI 1 (31/08/2018) : KUALA LUMPUR – DELHI (-/-/-)

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Menaiki penerbangan Malindo Air OD207 jam 4.25 petang menuju ke Delhi dan dijangka tiba jam 7.25 malam (Waktu Delhi). Anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa daftar masuk Hotel Regent Continental 3*/ setaraf. Bermalam di Delhi.

HARI 2 (01/09/2018) : DELHI – SRINAGAR (S/ MT/ MM)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Delhi untuk penerbangan domestik ke Srinagar. Sebaik tiba, anda akan dibawa daftar masuk di Houseboat dan makan tengahari. Kemudian lawatan ke MUGHAL GARDENS dan GRAND MOSQUE (masjid yang dibina dengan senibina Parsi). Lawatan ke bilik pameran permaidani Srinagar; CARPET SHOWROOM dan nikmati teh saffron. Kembali ke Houseboat dan makan malam. Bermalam di Srinagar.

HARI 3 (02/09/2018) : SRINAGAR – GULMARG – SRINAGAR (S/MT/MM)

Selepas bersarapan di Houseboat, anda akan dibawa menyeberangi DAL LAKE dengan menaiki SHIKARAS (bot kayu). Anda akan dibawa ke GULMARG yang dikenali sebagai Meadow of Flowers. Sebelum tiba di Gulmarg, singgah di LADANG EPAL untuk melihat aktiviti memetik buah epal oleh masyarakat Kashmir (sekiranya dibenarkan, anda juga boleh mencuba aktiviti ini). Gulmarg adalah resort yang terkenal dengan aktiviti luncur salji di pergunungan semasa musim sejuk dan GONDOLA CABLE CAR; menaiki kereta kabel hingga ke tingkat pertama. Anda boleh mencuba aktiviti menaiki kuda padi – atas bayaran sendiri. Makan tengahari di restoran halal tempatan. Kembali ke Houseboat dan makan malam. Bermalam di Srinagar.

HARI 4 (03/09/2018) : SRINAGAR – SONAMARG – SRINAGAR (S/MT/MM)

Selepas bersarapan, check-out dari Houseboat. Anda akan dibawa ke SONAMARG yang dikenali sebagai Meadow of Gold.  Ia terletak 85km dari Srinagar dan berada di ketinggian 2667m dari paras laut. Sonamarg terkenal dengan laluan trek, pergunungan bersalji, tasik yang besar dan deretan pohon alpine. Di Sonamarg ini anda boleh habiskan masa dengan bersiar-siar sambil mengambil gambar pemandangan indah atau mencuba aktiviti menaiki kuda padi. Makan tengahari di restoran tempatan. Pada sebelah petang kembali ke Srinagar dan singgah di kedai menjual pelbagai barangan cenderamata seperti pashmina dan kraftangan. Check-in Hotel Spring Hills 3* / setaraf dan makan malam. Bermalam di Srinagar.

HARI 5 (04/09/2018) : SRINAGAR – DELHI – AGRA (S/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, check-out hotel. Anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Srinagar untuk penerbangan ke Delhi. Sebaik tiba di Delhi, makan tengahari di restoran tempatan sebelum menruskan perjalanan ke Agra. Tiba di AGRA dan check-in Hotel Karan Vilas 3* / setaraf. Makan malam di hotel. Aktiviti bebas atau sekiranya berkesempatan, anda boleh membeli-belah sekitar kawasan hotel. Bermalam di Agra.

HARI 6 (05/09/2018) : AGRA – DELHI—KUALA LUMPUR (S/MT/-)

Selepas sarapan pagi, check-out hotel. Anda akan dibawa ke TAJ MAHAL (monumen yang telah digazetkan di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO). Kemudian dibawa melawat AGRA FORT dan melawat KILANG MARMAR. Makan tengahari di restoran tempatan. Sambungan aktiviti beli-belah barangan seperti fabrik, barangan kulit, barang hiasan dan sebagainya. Pada sebelah petang anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Delhi untuk penerbangan ke Kuala Lumpur jam 10.05 malam dengan penerbangan Malindo Air OD206.

HARI 7 (06/09/2018) : KUALA LUMPUR

Dijangka tiba di KLIA jam 6.10 pagi dengan SERIBU KENANGAN MANIS.

Harga : RM4,390 (DEWASA), RM3,390 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***