info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 3 HARI 2 MALAM
Tempat: HO CHI MINH, VIETNAM
Harga: RM895

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

Harga Pakej Tidak Termasuk :
– Tiket penerbangan pergi balik Air Asia/ MAS/ Malindo Air
– Caj lebihan bagasi & segala perbelanjaan persendirian spt dobi & panggilan telefon

Nota :
– Harga untuk berkumpulan 16 dewasa ke atas
– Percuma insurans pelancongan untuk setiap peserta
– Harga sah sehingga 31 Disember 2017 (tidak termasuk surcaj ‘Peak Season’)

Hari 1 :   Kuala Lumpur—Ho Chi Minh (MM)
Berkumpul di KLIA/KLIA2 3 jam sebelum berlepas ke Ho Chi Minh untuk check-in bagasi. Sebaik tiba, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa lawatan sekitar Bandar Ho Chi Minh seperti Central Post Office, City Hall dan China Town. Membeli-belah di Mai Collection; Baju Kurung, Telekung, Jubah. Makan malam  di Restoran Kampung Melayu. Check-in hotel dan aktiviti bebas.

Hari 2 :  Ho Chi Minh – Mekong Delta –Shopping (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, rombongan akan menuju keluar Bandar Ho Chi Minh ke arah Mytho; sebuah pelabuhan di  Delta Sungai Mekong, 2 jam perjalanan dari Bandar Ho Chi Minh. Rombongan akan menaiki bot yang disediakan . Sepanjang perjalanan di Sungai Tien, anda boleh lihat 4 buah pulau; Pulau Long, Pulau Lan Qui, Pulau Phuong dan Pulau Thoi San. Di Pulau Thoi San anda akan melawat kilang gula-gula kelapa dan lihat bagaimana gula-gula tersebut di buat sambil merasa gula-gula kelapa Vietnam. Singgah di kebun buah-buahan dan merasai 5 jenis buah-buahan tempatan sambil dihibur oleh muzik  tradisi Vietnam  “Don Ca Tai Tu Nam Bo”. Terus ke kediaman Mr Nam Ngo untuk menikmati ‘honey tea” diakhiri dengan menaiki sampan yang dikayuh oleh wanita Vietnam ke arah bot . Makan tengahari di Restoran Halal Mekong. Kemudian balik semula ke pangkalan di mana bas menunggu . Singgah di Tina Factory Outlet; gedung terbesar menjual telekung, baju kurung & jubbah, Saigon Square dan Taka Plaza untuk aktiviti beli-belah. Makan malam di Restoran Halal Pandan. Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.

Hari 3 : Ho Chi Minh – Kuala Lumpur (S)
Selepas sarapan pagi, aktivitit bebas hingga dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan San Nhat untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM895 (DEWASA), RM795 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***