info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: HO CHI MINH, VIETNAM
Harga: RM865

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

Harga Pakej Tidak Termasuk :
– Tiket penerbangan pergi balik Air Asia/ MAS/ Vietnam Air
– Caj lebihan bagasi & segala perbelanjaan persendirian spt dobi & panggilan telefon

Nota :
– Harga untuk berkumpulan 16 dewasa ke atas
– Percuma insurans pelancongan untuk setiap peserta
– Harga sah sehingga 31 Disember 2015 (tidak termasuk surcaj ‘Peak Season’)

HARI 1 : KUALA LUMPUR – HO CHI MINH (MM)
Berlepas dari Kuala Lumpur dan menaiki pesawat ke Ho Chi Minh. Setelah tiba di Bandar Ho Chi Minh, peserta akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa ke Thanh Thu Hotel 3* (atau setaraf) untuk daftar masuk. Kemudian anda akan dibawa melawat tempat-tempat menarik sekitar Ho Chi Minh seperti Centre Post Office, City Hall dan China Town. Kemudian berpeluang membeli-belah di Mai Collection. Makan malam di Restoran Halal Saigon Seripinang. Kembali ke hotel.

HARI 2 : HO CHI MINH (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan sehari ke Delta Mekong – My Tho; sebuah pelabuhan di Sungai Mekong (kira-kira 2 jam perjalanan dari Bandar Ho Chi Minh). Rombongan akan menaiki bot yang disediakan menyelusuri Sungai Tien dan melihat 4 buah pulau; Pulau Long, Pulau Lan Qui, Pulau Phuong, Pulau Thoi San. Singgah di kebun buah-buahan untuk merasa5 jenis buah-buahan tempatan. Setelah itu, menaiki perahu yang dikayuh oleh wanita tempatan menuju ke arah bot. Makan tengahari di Restoran Halal Mekong. Bertolak pulang ke Bandar Ho Chi Minh. Sambungan aktiviti beli-belah di Saigon Square & Taka Plaza. Makan malam di restoran Muslim tempatan. Kembali ke hotel.

HARI 3 : HO CHI MINH (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di restoran halal tempatan, peserta akan dibawa terus menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh. Terowong tersebut sepanjang 210 km dan digunakan sebagai kubu semasa perang Vietnam dahulu. Peserta boleh menimba pengalaman menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Singgah di Factory Outlet di mana anda boleh membeli telekung, baju kurung, jubah dan tudung dengan harga berpatutan. Setelah balik ke Bandar Ho Chi Minh, makan tengahari di Restoran Halal Kampung Melayu. Selepas itu, singgah sebentar di Masjid Ar Rahim untuk solat Zohor. Seterusnya aktiviti membeli-belah di Kben Tanh Market dan Hard Rock Cafe. Makan malam di restoran Muslim tempatan. Kembali ke hotel dan aktiviti bebas.

HARI 4 : HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (S)
Bersarapan di hotel dan check-out. Aktiviti bebas. Kemudian akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM865 (DEWASA), RM565 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***