info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: GUANGZHOU, CHINA
Harga: RM1,170

Harga Pakej Termasuk:

  • 3 malam penginapan (hotel 3*).
  • Makan minum (3 sarapan, 2 makan tengahari, 2 makan malam)
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.

Nota:

  • Harga tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik
  • Harga minimum untuk 2 dewasa
  • Pakej sah untuk KETIBAAN HARI SABTU SAHAJA
  • Caj tambahan dikenakan untuk musim perayaan & cuti umum/cuti sekolah

 

Hari 1 – KUALA LUMPUR / GUANGZHOU
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA2, 3 jam sebelum berlepas ke Guangzhou. Tiba di Guangzhou, anda akan dijemput oleh wakil kami dan dibawa check-in hotel 3* (setaraf). Aktiviti bebas (boleh membeli-belah di Beijing Road berhampiran dengan hotel).

Hari 2 – GUANGZHOU (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Maqam Saad Abi Waqas (merupakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.). Setelah itu, berkunjung ke Yuexiu Park(terdapat beberapa buah bukit kecil serta tasik buatan serta mempunyai laman yang indah untuk setiap tempoh sejarah yang berbeza). Meneruskan lawatan ke Five Rams Statue, Chinese Herb Shop, Baiyun Leather Market dan Shangxiajiu shopping street. Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan berehat.

Hari 3 –  GUANGZHOU (S,MT,MM)
Selesai sarapan pagi di hotel, lawatan ke Huachange Square, Guangzhou Tower (mengambil gambar sahaja), Jade Shop, Haiyin Fabric & Electronic Market dan  Onelink Wholesale Market (menjual produk-produk seni dan kraf, barangan sukan, cenderahati dan juga barang-barang perhiasan). Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan berehat.

Hari 4 –  GUANGZHOU / KUALA LUMPUR (S)
Selesai sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas. Check-out hotel dan anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARGA: RM1,170/DEWASA, RM990/KANAK-KANAK

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***