info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 14 HARI 11 MALAM
Tempat: GREECE-BALKAN
Harga: RM7,766

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi balik dengan Turkish Airlines.
  • 11 malam penginapan di hotel 3*.
  • Makan dan minum seperti di dalam aturcara.
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan.
  • Lawatan ke tempat-tempat yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Tips pemandu pelancong.
  • Insurans perjalanan.

Harga Pakej Tidak Termasuk:
– Tips porter dan perbelanjaan persendirian
– Makanan/ minuman tambahan yang tidak dinyatakan dalam aturcara
– Caj bagasi berlebihan

Nota:
– Harga untuk berkumpulan (GIT)
– Caj tambahan akan dikenakan untuk musim perayaan / cuti umum
– Harga tertakluk pada kadar tukaran wang asing

HARI 1 : KUALA LUMPUR – ATHENS
Bertolak dari KLIA menaiki penerbangan Turkish Airlines ke Athens (transit di Istanbul). 

HARI 2 : ATHENS (S/MT/MM)
Sebaik tiba, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa untuk Guided City Panoramic Tour of Athens. Lawatan ini menggabungkan tempat-tempat tarikan di Athens yang moden dan penuh bersejarah. Dengan pemandu pelancong yang berpengalaman, lawatan ke Acropolis, Parthenon, Stadium Olimpik, Olympian Zeus Temple, Lycabettus Hill dan Greek Ancient Market. Makan tengahari di restoran tempatan. Sambungan aktiviti beli-belah di Syntagma Square. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Athens. 

HARI 3 : ATHENS – KALAMBAKA (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan bergerak terus ke Kalambaka. Kemudian lawatan sekitar bandar Kalambaka/ Meteora dan saksikan sendiri pemandangan menakjubkan Meteora. Seterusnya ke gua prasejarah Theopetra, (termasuk bayaran masuk) terletak 5 km dari Kalambaka dalam perjalanan ke Trikala dan temui struktur buatan manusia yang paling purba di dunia, dinding batu bertarikh 26,000 SM. Anda berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesan tapak kaki kanak-kanak di lantai gua yang berusia kira-kira 60,000 tahun yang lalu. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Check-in hotel dan bermalam di Kalambaka. 

HARI 4 : KALAMBAKA – OHRID (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan bergerak ke Ohrid, Macedonia. Singgah makan tengahari di restoran makanan turki di Bandar Bitolja. Sebaik tiba, lawatan sekitar bandar Ohrid; Masjid Turgut Hadzi, Krst Dazmija, Zeynel Abedin Pasha Tekke dan bazar lama. Check-in hotel dan makan malam. Bermalam di Ohrid. 

HARI 5 : OHRID – TIRANA – SHKODER (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan meneruskan perjalanan ke Tirana, Albania. Lawatan dengan berjalan kaki sekitar Tirana termasuklah Masjid Ethem Bey, Menara Jam dan Muzium Negara. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian perjalanan diteruskan ke Shkoder. Sebaik tiba, check-in hotel dan makan malam. Bermalam di Shkoder.

HARI 6 : SHKODER – BUDVA – KOTOR – MOSTAR (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan nikmati keindahan Shkoder. Kemudian perjalanan diteruskan ke Budva, Montenegro. Sebaik tiba, anda akan dibawa makan tengahari terlebih dahulu sebelum lawatan sekitar bandar Budva; eksplorasi bandar lama Budva. Perjalanan diteruskan ke Kotor dan menaiki feri ke Mostar, Bosnia. Tiba lewat petang di Mostar. Check-in hotel dan makan malam. Bermalam di Mostar. 

HARI 7 : MOSTAR – DUBROVNIK DAY TOUR – MOSTAR (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar bandar Dubrovnik; Bandar Lama Dubrovnik dan tembok kota purba. Bandar Lama Dubrovnik adalah salah satu tapak warisan dunia yang telah digazetkan oleh UNESCO. Kemudian ke Orlando’s Column, City Bell Tower, Rector’s Palace dan gereja St Blaise. Di tembok kota purba anda akan menemui Kubu Revelin dan Menara Minceta. Makan tengahari di restoran tempatan. Pada sebelah petang aktiviti bebas atau anda boleh melakukan aktiviti beli-belah. Makan malam dan bermalam di Mostar. 

HARI 8 : MOSTAR – JABLANICA – SARAJEVO (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan lawatan sekitar Bandar Mostar; Masjid Karadjoz, Muslibegovic House-berjalan sekitar bandar lama dan jambatan lama yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kemudian ke Blagaj; lawatan ke Sungai Buna dan House of Dervish. Perjalanan diteruskan ke Sarajevo dan singgah di Jablanica untuk makan tengahari; menu kambing bakar (yang diperap dengan herba tradisional masyarakat Balkan) bersama nasi dan salad. Sebaik tiba, check-in hotel dan makan malam. Bermalam di Sarajevo. 

HARI 9 : SARAJEVO (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan lawatan sekitar Bandar Sarajevo; ke Bascarsija untuk lawatan berjalan kaki di bandar lama. Antara tempat tarikannya ialah Latin Bridge; tempat di mana anak maharaja Austro Hungarian dibunuh semasa perang dunia pertama, Brusabezistan; pasar berbumbung, Masjid Gazi Husref Bey; dibina pada tahun 1530 semasa era pemerintahan Uthmaniyyah, Gazi Husref Bey Madrass; dibina pada tahun 1551, Vijecnica; dewan bandaraya semasa era pemerintahan Austro Hungarian. Seterusnya ke sungai Vrelo Bosne, Tunnel Museum; satu-satunya laluan keluar masuk semasa Sarajevo terkepung dalam perang dunia. Makan tengahari di restoran tempatan. Aktiviti bebas atau anda boleh melakukan aktiviti beli-belah. Makan malam di hotel. Bermalam di Sarajevo. 

HARI 10 : SARAJEVO – TRAVNIK – BIHAC (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan meneruskan perjalanan ke Travnik. Panoramic City Tour sekitar Travnik; bandar ini berpegang kuat pada budaya oriental. Contoh ketelitian dan kehalusan senibina Uthmaniyyah adalah Madrasah Elci Ibrahim Pasha’s dan Colorful Mosque (Sulejmania) yang dibina pada tahun 1575. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas lawatan di Travnik, meneruskan perjalanan ke Air Terjun Jacje (54KM) dan ke Bihac (204KM). Nikmati panorama semulajadi sekitar Bihac. Check-in hotel dan makan malam. Bermalam di Bihac.

HARI 11 : BIHAC – PLITVICE – ZAGREB (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan meneruskan perjalanan ke Taman Negara Plitvice, Crotia (35KM). Lawatan sekitar Plitvice; nikmati keindahan semulajadi tasik, flora & fauna, menaiki bot dan keretapi di kawasan yang dilindungi. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya ke Zagreb (138KM). Check-in hotel dan makan malam. Bermalam di Zagreb.

HARI 12 : ZAGREB (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar bandar Zagreb; termasuk Malaysian Mosque dan Islamic Center. Makan tengahari di restoran tempatan. Aktiviti bebas atau beli-belah di sebelah petang. Makan malam di hotel. Bermalam di Zagreb. 

HARI 13 : ZAGREB – ISTANBUL (S/MT)
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sebelum check-out dan dihantar ke Lapangan Terbang Zagreb untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Istanbul. 

HARI 14 : ISTANBUL – KUALA LUMPUR 
Tiba di Kuala Lumpur dengan selamatnya InsyaAllah.

Harga: RM7,766 / dewasa, 6,766 / kanak-kanak

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***