info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 28 Apr 2018 - 09 May 2018
Tempat: ITALI/ AUSTRIA/ HUNGARY/ POLAND/ CZECH REPUBLIC/ PRAGUE/ GERMANY
Harga: RM7,850

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi balik dengan Qatar Airways.
  • 9 malam penginapan di hotel 3*.
  • Makan dan minum seperti di dalam aturcara.
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan.
  • Lawatan ke tempat-tempat yang dinyatakan dalam aturcara.

Harga Pakej Tidak Termasuk:
– Tips porter dan perbelanjaan persendirian
– Tips pemandu pelancong
– Insurans pelancongan
– Makanan/ minuman tambahan yang tidak dinyatakan dalam aturcara
– Caj bagasi berlebihan

Nota:
– Harga untuk berkumpulan (GIT)
– Harga tertakluk pada kadar tukaran wang asing

HARI 1 : KUALA LUMPUR – DOHA
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas. Menaiki penerbangan Qatar Airways QR0853 ke Doha jam 8.25 malam dan dijangka tiba jam 11.15 malam. 

HARI 2 : DOHA – MILAN – VENICE (MT/MM)
Sambungan penerbangan ke Milan dengan QR0123 jam 1.40 pagi. Dijangka tiba di Milan jam 7.15 pagi (waktu Itali). Anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa lawatan sekitar Bandar Milan. Aktiviti bebas bersiar-siar di Duomo dan beli-belah. Kemudian ke Montenapoleone: Corso Venezia, Corso di Porta Ticinese, Corso Vittorio Emanuele, Corso Buenos Aires. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas solat, perjalanan diteruskan ke Venice. Check-in hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Venice.

HARI 3 : VENICE – SALZBURG (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan dibawa untuk trip menaiki bot di Venice. Aktiviti bebas terokai Dataran San Marco dan menaiki gondola. Makan tengahari di restoran temptan. Selepas solat, meneruskan perjalanan ke Salzburg, Austria. Sebaik tiba, check-in hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Salzburg.

HARI 4 : SALZBURG – HALLSTATT – VIENNA (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan lawatan panorama sekitar Salzburg dan 1 jam masa bebas di bandar Mozart. Abadikan keindahan perkampungan Hallstatt; sebuah perkampungan yang dikelilingi gunung-ganang dan tasik (merupakan salah satu tapak warisan dunia di Austria).  Makan tengahari dan solat di Islamic Center Linz. Kemudian meneruskan perjalanan ke Vienna. Sebaik tiba, check-in hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Hallstatt.

HARI 5 : VIENNA – PANDORF OUTLET – BUDAPEST (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan check-out. Melawat sekitar Bandar Vienna dan aktiviti bebas di Maria Hilfer Strasse (shopping street). Kemudian melanjutkan aktiviti beli-belah di Pandorf Outlet Center. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke Budapest, Hungary. Sebaik tiba, check-in hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Budapest.

HARI 6 : BUDAPEST – BANSKA BISTRICA – ZAKOPANE (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan lawatan sekitar Bandar Budapest serta Hard Rock Café. Seterusnya menaiki bot menyelusuri Sungai Danube dan makn tengahari di dalam bot. Selepas solat di Budapest Islamic Center, meneruskan perjalanan ke Zakopane, Poland dan singgah di Banska Bistrica; perkampungan yang dikelilingi 3 gunung. Sebaik tiba, check-in hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Zakopane.

HARI 7 : ZAKOPANE – KRAKOW – BRNO (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan lawatan sekitar Bandar Krakow; Wawel Royal Castle, Rynek Main Square (dataran bandaraya zaman pertengahan yang terbesar di Eropah) dan aktiviti bebas mengambil gambar/ membeli-belah. Selepas makan tengahari dan solat, meneruskan perjalanan ke Brno, Czech Republic. Check-in hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Brno.

HARI 8 : BRNO – PRAGUE (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Check-out hotel dan meneruskan perjalanan ke Prague. Sebaik tiba di Prague, lawatan berjalan kaki sekitar bandar dan trip bot menyelusuri Sungai Voltava (makan tengahari di bot). Seterusnya lawatan ke Jewish Quarter, Lesser Town, Old Town, Prague Castle dan pelbagai mercu tanda Prague yang lain.

HARI 9 : PRAGUE – MUNICH (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan check-out. Meneruskan perjalanan ke Munich, Germany (380KM). sebaik tiba di Munich, lawatan sekitar bandar; Odeonplatz dan Marien Platz. Check-in hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Munich.

HARI 10 : MUNICH – NEUSCHWANSTEIN CASTLE – MUNICH (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Anda akan dibawa ke Neuschwanstein Castle (tidak termasuk bayaran masuk 13 euro) dan aktiviti bebas. Pada sebelah petang kembali ke Munich. Makan malam di hotel. Bermalam di Munich. 

HARI 11 : MUNICH – DOHA (S)
Sarapan pagi di hotel dan check-out. Aktiviti bebas sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Munich untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Menaiki penerbangan ke Doha dengan Qatar Airways QR0058 jam 4.55 petang dan dijangka tiba jam 11.35 malam. 

HARI 12 : DOHA – KUALA LUMPUR
Sambungan penerbangan ke Kuala Lumpur dengan QR0848 jam 2.55 pagi dan dijangka tiba jam 3.30 petang.

HARGA:

RM7,850 / DEWASA
RM6,850 / KANAK-KANAK (BERKATIL)
RM5,850 / KANAK-KANAK (TIDAK BERKATIL)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***