info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU
Harga: RM2,390

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan hotel bertaraf 3*.
  • Pengangkutan bas sewa khas sepanjang lawatan .
  • Makan minum seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong.
  • Tips pemandu pelancong.
  • Harga untuk minimum 20 orang dewasa.

Harga Pakej Tidak Termasuk:

– Tiket penerbangan pergi balik
– Tips porter/bellboy
– Caj tambahan hujung minggu/ cuti umum di Dubai
– Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, dobi, panggilan telefon, lebihan bagasi & lain-lain

HARI 1: KUALA LUMPUR/ DUBAI – NEW DUBAI CITY TOUR (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan check-in. Menaiki penerbangan ke Dubai dan sebaik tiba, anda akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa mengikuti New Dubai City Tour. Lawatan ke kawasan pantai Jumeirah, Masjid Jumeirah, mengambil gambar Burj al Arab dan Palm Jumeirah Atlantis dari jauh serta ke Dubai Mall. Makan tengahari di Restoran Maraheb Madfoon (menu makanan Arab). Kemudian lawatan ke Burj Khalifa (ambil gambar dari luar sahaja, jika hendak naik ke menara tambahan bayaran USD35-tempahan awal diperlukan), melalui Dubai Mall Aquarium, Souk Al Bahar dan membeli-belah di Dubai Mall. Makan malam di Restoran Betawi Cafe’ (menu Asia). Dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Aktiviti bebas.

HARI 2: OLD DUBAI CITY TOUR – DUBAI DESERT SAFARI (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Anda akan mengikuti Old Dubai City Tour; melewati kawasan Bastakia, Muzium Dubai, Al Fahidi Fortress, merasai pengalaman menaiki Abra dan singgah di Dubai Gold Souk & Spice Souk. Makan tengahari di restoran halal China. Kembali ke hotel untuk berehat. Pada sebelah petang, ikuti aktiviti Dubai Desert Safari; menaiki kereta 4WD di kawasan padang pasir. Kemudian menaiki unta ke kawasan khemah untuk makan malam. Makan malam diringi dengan beberapa pertunjukan tarian. Dibawa semula ke hotel dan bermalam.

HARI 3: ABU DHABI CITY TOUR – FERRARI MERCHANDISING SHOP (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Anda akan dibawa ke bandar Abu Dhabi dan mengikuti Abu Dhabi City Tour; melawat Masjid Besar Abu Dhabi, Jambatan Shaikh Zayed Abu Dhabi, kawasan pantai Abu Dhabi, perkampungan warisan Abu Dhabi dan mengambil gambar dari jauh Hotel Emirates Palace Abu Dhabi. Makan tengahari di Hotel Hawthorne (buffet). Kemudian singgah di Ferrari World Abu Dhabi (tambahan USD60 untuk tiket masuk) ATAU membeli-belah di Yas Mall Abu Dhabi. Kembali ke Dubai dan makan malam di Restoran Betawi (menu Asia). Kembali ke hotel dan berehat.

Hari 4: MADINAT SOUK JUMEIRAH – DUBAI/ KUALA LUMPUR (S/MT)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Anda akan dibawa ke Afghan Khorasan (makanan tradisional Afghan yang terkenal). Kemudian membeli-belah barangan cenderahati di Madinat Souk Jumeirah dan juga aktiviti bebas di pusat beli-belah Emirates. Seterusnya dibawa ke Lapangan Terbang Dubai untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga : RM2,390/DEWASA

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***