PAKEJ TIDAK TERMASUK:
Hari 1 – KUALA LUMPUR / CHIANG MAI / CHIANG RAI (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Chiang Mai. Setibanya di Chiang Mai, anda akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa ke hotel dan akan dibawa untuk makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke Chiang Rai. Di dalam perjalanan, anda akan berhenti di MAE KHAJAN WATER HOT SPRING. Tiba di Chiang Rai dan anda akan dibawa untuk city tour. Makan malam di restoran tempatan. Dibawa ke hotel untuk check-in dan bermalam di Chiang Rai.
Hari 2 – GOLDEN TRIANGLE / SEMPADAN MAESAI / CHIANG MAI (S,MT,MM)
Selepas bersarapan pagi, perjalanan akan diteruskan ke utara Chiang Rai untuk ke GOLDEN TRIANGLE (titik pertemuan di antara tiga negara iaitu Thailand, Laos dan Myanmar). Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya, anda akan dibawa ke SEMPADAN MAESAI untuk membeli belah barangan cenderahati tempatan sepert batu jade dan sebagainya (batu-batu ini dihasilkan di Myanmar). Kembali ke Chiang Mai. Makan malam di restoran tempatan. Dibawa ke hotel untuk check in dan bermalam di Chiang Mai.
Hari 3 – ELEPHANT RIDING / BAMBOO RAFTING SAFARI (S,MT,MM)
Selepas bersarapan pagi, anda akan dibawa ke ELEPHANT BATH SHOW. Selepas menyaksikan persembahan ini, anda berpeluang untuk menaiki gajah dan akan dibawa oleh penjaga gajah-gajah ini dan berjalan-jalan di kawasan berhampiran. Selepas itu, anda akan dibawa menaiki kereta lembu untuk ke tempat makan tengahari. Selesai makan tengahari, anda akan dibawa ke untuk menaiki rakit di sungai berhampiran. Meneruskan perjalanan ke KEBUN ORKID sebelum dibawa untuk makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.
Hari 4 – CHIANG MAI / KUALA LUMPUR (S)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel dan akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke KLIA.
Harga : RM1,200 (DEWASA), RM1,120 (KANAK-KANAK)
***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***