info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 21 Mar 2018 - 24 Mar 2018
Tempat: BANDA ACHEH, INDONESIA
Harga: RM1,270

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi balik Air Asia
  • Penginapan di hotel 3*
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 20 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

Harga Pakej Tidak Termasuk :
– Caj lebihan bagasi & segala perbelanjaan persendirian spt dobi & panggilan telefon

Nota :
– Percuma insurans pelancongan untuk setiap peserta

Hari 1 – KUALA LUMPUR / BANDA ACHEH (MT,MM)
Berkumpul di KLIA2 3 jam sebelum berlepas untuk urusan check-in bagasi. Menaiki penerbangan ke Aceh dengan Air Asia AK423 jam 7.40 pagi dan dijangka tiba jam 8.05 pagi (waktu Indonesia). Sebaik tiba, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa untuk makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu akan dihantar ke hotel untuk urusan check in. Selepas berehat, anda akan dibawa ke Kapal PLTD Apung, Mesjid Baiturrahim Ulhee Lheue dan Escaped Building. Selesai lawatan, makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Aktiviti bebas.

Hari 2 – BANDA ACHEH (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa melawat Mesjid Raya Baiturrahman, Muzium Aceh, Gunongan / Taman Putroe Phang dan Muzium Tsunami. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu akan dibawa membeli belah di Souvenir Aceh, lawatan ke Kapal Atas Rumah dan boleh menikmati kopi aceh (perbelanjaan sendiri). Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel. Aktiviti bebas.

Hari 3 – BANDA ACHEH (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, berbelanja di Pasar Aceh untuk mendapatkan barangan seperti pakaian, kain lace, kasut dan peralatan solat. Selepas itu anda akan dibawa untuk melihat kubah yang telah hanyut di tengah sawah ketika tsunami. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, anda akan dibawa ke Cut Nyak Dhien. Membeli belah sekali lagi di Oleh-Oleh Kue Khas Aceh. Anda akan dibawa mengunjungi Pantai Lhoknga, Mesjid Rahmatullah dan Pantai Lam Puuk. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Aktiviti bebas.

Hari 4 –  BANDA ACHEH / KUALA LUMPUR (S)
Selesai sarapan pagi di hotel, check out dan aktiviti bebas sehingga tiba masa untuk dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi (waktu Indonesia) dan dijangka tiba jam 11.05 pagi.

Harga: RM1,270 (DEWASA)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***