info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: BALI, INDONESIA
Harga: RM1,550

When you dream something beautiful, make sure it is Bali.

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 3*.
  • Sesi bergambar dengan pakaian tradisi Bali.
  • 2 jam sesi spa.
  • 1 makan malam candle light dinner.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara.
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu kereta.

HARI 1 : KUALA LUMPUR– BALI (MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk check-in bagasi. Setibanya di Bali, anda akan dijemput oleh wakil kami dengan kalungan bunga. Makan malam di restoran tempatan. Check in hotel 3* dan berehat.

HARI 2 : BARONG DANCE / KINTAMANI / UBUD (S/MT/MM-candle light dinner)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke BATUBULAN untuk menonton TARIAN BARONG serta membeli-belah di GALUH ART SHOP, CELUK DAN MAS. Kemudian makan tengahari di KINTAMANI yang terletak di kawasan TASIK & GUNUNG BATUR. Selepas itu anda akan dibawa mengunjungi KUIL TAMPAK SIRING, kawasan yang sangat popular dengan air suci agama Buddha. Selepas itu, kembali ke UBUD untuk ke PASAR SUKOWATI dan akan menikmati hidangan makan malam romantik secara di PANTAI JIMBARAN dengan hidangan makanan laut, udang galah dan sebagainya. Kembali ke hotel dan berehat.

HARI 3 : NUSA DUA / RAWATAN SPA (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan mengunjungi TANJUNG BENOA. Anda bebas menikmati aktiviti air di sini (dengan perbelanjaan sendiri). Selepas itu, anda akan menikmati rawatan spa selama 2 jam. Selesai rawatan spa, anda akan dibawa ke kedai gambar untuk bergambar dengan pakaian tradisi Bali. Makan tengahari di restoran tempatan dan akan meneruskan lawatan ke PANTAI PANDAWA dan KUIL ULUWATU untuk menikmati pemandangan indah Selat India. Anda juga berpeluang menyaksikan TARIAN KECAK. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

HARI 4 : BALI / KUALA LUMPUR (S)
Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas hingga tiba waktu untuk dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARGA: RM1,550 (DEWASA)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***