info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 5 HARI 4 MALAM
Tempat: BALI/ LOMBOK, INDONESIA
Harga: RM1,565

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan di hotel 4*.
  • Pengangkutan sepanjang lawatan.
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 30 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

HARI 1 : KUALA LUMPUR – BALI – JIMBARAN (MT/MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan check-in bagasi. Menaiki penerbangan ke Bali jam 7.30 pagi dengan MALINDO AIR OD324 dan dijangka tiba jam 10.35 pagi. Sebaik tiba, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke Daerah Melaya Loloan untuk melihat komuniti Muslim tertua di Bali. Di sini terdapat makam Tuan Guru Lebai iaitu ulama dari Kedah yang menyebarkan agama Islam di Bali serta makam Datuk Guru Syeikh ulama dari Terengganu yang mewakafkan tanahnya untuk Masjid Jami’ Baitul Qadim. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Check-in Hotel Best Western Resort kuta 4* (atau setaraf). Aktiviti bebas.

HARI 2 : BALI – BARONG – UBUD – KINTAMANI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Batu Bulan untuk menyaksikan Tarian Barong dan Keris yang sangat popular di Bali. Kemudian ke pusat pembuatan kraft dari perak dan ke Kintamani bagi menikmati keindahan semulajadi Gunung Batur serta Danau Batur. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian lawatan diteruskan ke Istana Presiden dan juga ke Ladang Kopi (dapat melihat proses pembuatan kopi dan menikmatinya). Kembali ke Kuta dan aktivit beli-belah. Makan malam di restoran tempatan sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Kembali ke hotel dan berehat.

HARI 3 : BALI – PULAU PENYU – LOMBOK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel. Anda akan dibawa ke Pulau Penyu untuk melihat pusat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu. Anda boleh melakukan aktiviti pilihan dengan bayaran sendiri seperti permainan air dan menaiki sampan. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya ke Uluwatu dan Padang Bay. Menaiki bot laju ke Lombok. Setibanya di Lombok, anda akan dibawa melawat pusat cenderahati hasil laut seperti mutiara serta kerangan dan dibawa ke Pantai Kuta. Makan malam di restoran tempatan. Check-in Hotel Kila Senggigi 4* (atau setaraf). Aktiviti bebas.

HARI 4 : LOMBOK – GILI TRAWANGAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa ke jeti untuk menaiki bot ke Gili Trawangan. Sebaik tiba di Gili Trawangan, aktiviti bebas antaranya menaiki bot kaca, snorkeling, berenang, mengelilingi pulau Gili dengan menaiki basikal atau kereta kuda (semua pilihan aktiviti atas bayaran sendiri). Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian kembali ke Lombok dan berhenti di Malimbu untuk mengambil gambar. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan berehat.

HARI 5 : LOMBOK – KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel. Anda akan dibawa melawat ke Islamic Centre (terdapat masjid Jame’ dan menjadi pusat pelbagai aktiviti berkaitan Islam), Desa BanyuMulek (pusat pembuatan kraftangan dari tanah liat), Desa Sukarara (pusat pembuatan kain tenun tradisi kaum Sasak) dan Desa Sade (perkampungan yang masih mengekalkan pembuatan rumah mengikut tradisi). Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Lombok. Menaiki penerbangan Air Asia AK307 ke Kuala Lumpur jam 7.15 malam dan dijangka tiba jam 10.20 malam dengan SERIBU KENANGAN MANIS..

Harga: RM1,565 (DEWASA), RM1,380 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***