info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM
Tempat: ACHEH, INDONESIA
Harga: RM1,400

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi balik Air Asia
  • Penginapan di hotel 3*
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Makan minum seperti dalam aturcara
  • Harga minimum untuk 15 dewasa
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu pelancong

Harga Pakej Tidak Termasuk :
– Caj lebihan bagasi & segala perbelanjaan persendirian spt dobi & panggilan telefon

Nota :
– Harga kanak-kanak berumur 2-10 tahun
– Percuma insurans pelancongan untuk setiap peserta

Hari 1 – KUALA LUMPUR / BANDA ACHEH (MT,MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Banda Acheh. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Iskandar Muda, anda akan dijemput oleh wakil kami dan akan dibawa ke PERKUBURAN KORBAN TSUNAMI di LAMBARO (menurut rekod, hampir 46,718 mangsa tsunami dikebumikan di sini). Selepas itu, anda akan dibawa untuk makan tengahari di restoran tempatan di RESTORAN ACEH SPESIFIK di Lambaro. Kemudian anda akan dibawa menunaikan solat di MASJID BAITURRAHIM ULEE LHEUE, Banda Acheh iaitu sebuah masjid yang terselamat daripada kejadian tsunami pada waktu itu walaupun lokasinya terletak begitu hampir dengan pantai. Selesai solat, anda akan dibawa ke PELABUHAN ULEE LHEUE untuk berehat sambil menikmati keindahan pantai di sini. Anda juga boleh menikmati kenikmatan air kelapa muda dan jagung bakar. Makan malam di restoran tempatan. Kemudian anda akan dibawa ke hotel untuk urusan check-in dan berehat.

Hari 2 – BANDA ACHEH (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan hari ini akan ke KAPAL PLTD APUNG iaitu sebuah kapal besar yang telah dihanyutkan sejauh 7km ke darat ketika kejadian tsunami sehingga memusnahkan kawasan KAMPUNG PUNGE di situ. Seterusnya anda akan dibawa ke KAMPUNG GURAH, PEUKAN BADA untuk melihat sebuah kubah masjid seberat 80 tan yang dahulunya merupakan kubah sebuah masjid di Desa Lamteungoh Peukan, telah dihanyutkan oleh arus kuat tsunami sehingga ianya dikenali sebagai MASJID AL-TSUNAMI. Selesai lawatan, anda akan dibawa ke RUMAT CUT NYAKDIN untuk membeli belah makanan ringan. Kemudian andamengunjungi PANTAI LOK NGA dan MASJID RAHMATULLAH di KAMPUNG LAMPUUK. Makan tengahari di restoran tempatan dan selepas itu akan dibawa untuk membeli belah di PASAR ACHEH. Selanjutnya, anda akan dibawa ke KAMPUNG BINEH BLANG PAGAR AIR untuk mengunjungi PONDOK DAYAH AL FURQAN SERAMBI MALAYSIA. Pondok ini adalah salah satu pondok yang menampung anak-anak yatim piatu korban peristiwa Tsunami. Selepas lawatan, anda akan dibawa untuk membeli belah barangan cenderamata di ACHEH PENAYONG. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel untuk berehat dan bermalam.

Hari 3 – BANDA ACHEH (S,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, hari ini anda akan dibawa ke MAKAM SYIAH KUALA, Makam ulama besar Acheh yang berna,a Syiekh Abdurrauf bin Ali Al Fansuri di kawasan Pantai Desa Deah Raya. Selepas itu, mengunjungi kapal di atas rumah di Lampulo dan akan ke Muzium Tsunami.  Makan tengahari di restoran tempatan dan berpeluang menunaikan solat Zohor di MASJID RAYA BAITURRAHMAN. Meneruskan lawatan ke MAKAM SULTAN ISKANDAR. Selesai lawatan, anda akan dibawa untuk membeli belah di PASAR ACHEH. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 4 –  BANDA ACHEH / KUALA LUMPUR (S)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel dan berkumpul sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga: RM1,400 (DEWASA), RM1,250 (KANAK-KANAK)

***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***