info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh:
Tempat: KATHMANDU, INDIA
Harga: RM2,680

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Penginapan di hotel 2* / setaraf
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Makan dan minum seperti dalam aturcara
  • Tiket masuk dan lawatan seperti yang dinyatakan beserta pemandu pelancong
  • Tips pemandu pelancong
  • Caj visa India
  • PAKEJ TIDAK TERMASUK:

    • Tiket penerbangan pergi balik (KUL/KATHMANDU/KUL : +RM2,065/seorang
    • Insurans perjalanan
    • Caj lebihan bagasi & segala perbelanjaan persendirian spt dobi & panggilan telefon
    • Caj tambahan cuti umum dan hujung minggu
    • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara

    ITINERARI PERJALANAN

    Hari 1 – KUALA LUMPUR / KATHMANDU (MM)

    Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas ke Kathmandu. Setibanya di Kathmandu, anda akan dijemput oleh wakil kami dan akan dibawa untuk check in ke hotel. Makan malam di restoran tempatan. BERMALAM DI KATHMANDU.

    Hari 2 – KATHMANDU / POKHARA (S,MT,MM)

    Selepas bersarapan pagi, berkumpul untuk perjalanan ke POKHARA (mengambil masa kira-kira 6 jam). Sebaik tiba, anda akan dibawa untuk check in hotel dan berehat. Pada sebelah petang, anda bebas melakukan sebarang aktiviti dan berpeluang untuk menaiki bot di TASIK FEWA. Makan malam dan makan tengahari di restoran tempatan. BERMALAM DI POKHARA.

    Hari 3 –  POKHARA (S,MM)

    Sebelum bersarapan, anda akan dibawa ke SARANKOT (mengambil masa kira-kira 1 jam) untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang mengagumkan. Selepas itu, anda akan dibawa kembali ke hotel untuk sarapn dan berehat. Jam 10 pagi anda akan meneruskan perjalanan ke sekitar bandar Pokhara seperti KUIL BINDABASINI, AIR TERJUN DAVI, SETI GEORGE dan GUA GUPTESHWOR. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel. BERMALAM DI POKHARA.

    FAKTA:

    KUIL BINDASINI merupakan sebuah pusat aktiviti keagamaan di sebuah bazar lama di bandar ini. Ianya didedikasikan untuk Dewa Bhagawati dan merupakan sebuah lagi persembahan Dewa Shakti. Kuil di dalam taman ini merupakan sebuah kawasan yang begitu sesuai untuk dijadikan kawasan berkelah dan apabila hujung minggu, pengunjung dapat menyaksikan penganut-penganut agama Buddha akan datang untuk tujuan ritual keagamaan.

    SETI GEORGE merupakan sebuah sungai yang deras yang mengalir di sepanjang bandar ini. Anda berpeluang melihat sendiri sungai ini yang berkeluasan 2 meter. Malah, kedalamannya juga hampir 20 meter. Anda akan dibawa ke MAHENDRA PUL yang merupakan sebuah jambatan lama yang terletak berdekatan dengan Mission Hospital untuk melihat sendiri sungai ini dan kederasan alirannya.

    GUA GUPTESWAR merupakan sebuah gua suci berdekatan dengan Air Terjun Devi. Gua ini adalah sepanjang 3 meter. Ianya mempunyai beberapa kawasan lapang yang luas dan laluan. Gua ini menjadi kebanggaan penganut agama Hindu kerana di sinilah terletaknya simbol kebanggan Dewa Shiva yang diletakkan di sini dan dijaga dengan rapi  sepertimana ketika ia dijumpai. Kesucian gua ini dijaga dengan ketat dan pengunjung dilarang mengambil gambar.

    AIR TERJUN DEVI juga dikenali dengan PATALE CHHANGO dalam kalangan masyarakat tempatan. Devi’s Fall (juga dipanggil deng Devil, Devin atau David’s Fall) merupakan sebuah air terjun sepanjang 2 km di kawasan Barat Daya Lapngan Terbang Pokhara. Menurut lagenda, nama air terjun ini diambil bersempena nama penjelajah iaitu Devin atau David yang telah dihanyutkan oleh satu semangat yang dipanggil Pardi Khola dan ditelan sehingga ke dasar air terjun ini.

    Hari 4 – POKHARA / KATHMANDU (S/MT/MM)

    Selesai sarapan pagi, anda akan dibawa semula ke Kathmandu (mengambil masa kira-kira 6 jam). Setibanya di sana, anda akan dibawa ke sekitar Kathmandu iaiatu ke DATARAN KATHMANDU DURBAR dan SWAYAMBHUNATH. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Check in hotel dan bermalam. BERMALAM DI KATHMANDU.

    FAKTA:

    DATARAN KATHMANDU DURBAR ialah kawasan warisan dunia. Di sini anda boleh melihat Kuil Taleju yang dibina oleh Raja Mahendra Malla pada 1549 Masihi; Kal Bhairav iaitu Dewa Kemusnahan; Nautale Durbar, Nasal Chowk, Gaddi Baithak, tugu Raja Pratap Malla dan Jagannath. Di kawasan berhampiran, anda akan dapat melihat Dewa Kehidupan iaitu Kumari dan Hanuman Dhoka.

    SWAYAMBHUNATH merupakan sebuah Kuil Buddha yang besar dan megah. Ia dikatakan telah berusia 2000 tahun. Segala lukisan dan cat yang terdapat di kuil ini dibuat khas dan menunjuk ke arah Dewa Buddha. Ianya merupakan sebuah tempat warisan dunia yang menghidangkan pemandangan indah Lembah Kathmandu.

     Hari 5 – KATHMANDU / NAGARKOT

    Selepas sarapan pagi, andlawatan hari ini akan ke PASPHUPATINATH, BOUDHANATH, DATARAN BHAKTAPUR DURBAR dan akhir sekali anda akan dibawa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di satu kawasan menarik di Nagarkot. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan berehat. BERMALAM DI NAGARKOT.

    FAKTA:

    PASPHUPATINATH terletak 5 km di timur  Kathmandu. Ianya merupakan Kuil Dewa Shiva. Ia mempunyai 2 tingkat bumbung emas dan pintu perak yang mana dianggap kuil yang suci untuk penganut agama Hindu. Ia juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

    BOUDHANATH terletak 3km di Timur Pashupati. Kuil purba ini merupakan sebuah kuil Buddha yang terbesar di dunia. Ianya telah disenaraikan sebagai UNESCO Heritage Monument pada 1979.

    DATARAN BHAKTAPUR DURBAR ialah sebuah dataran yang terletak berhadapan dengan istana diraja Kerajaaan Bhaktapur. Ianya merupakan salah satu di antara tiga Dataran Durbar di Lembah Kathmandu. Ianya terletak 13 km dari Timur Kathmandu. Kawasan ini mengandungi 4 dataran iaitu Dataran Durbar, Dataran Taumadhi, Dataran Dattatreva dan Dataran Pottery.

    NAGARKOT merupakan sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak 32 km Timur Kathmandu. Di sini anda boleh menikmati pemandangan indah kawasan kampung. Nagarkot merupakan sebuah destinasi strategik untuk anda melihat pemandangan indah Gunung Himalaya, matahari terbit dan terbenam.

     Hari 6 –  KATHMANDU / KUALA LUMPUR (S,MT)

    Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sehingga tiba waktu untuk check put dan akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuwan untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

     

    Harga untuk minimum 20 orang dewasa

    Harga : RM2,680 (DEWASA)

    ***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***