info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 17 Mar 2017 - 20 Mar 2017
Tempat: HANOI, VIETNAM
Harga: RM1,295

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Penginapan di hotel 3* / setaraf
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Makan dan minum seperti dalam aturcara
  • Tiket masuk dan lawatan seperti yang dinyatakan beserta pemandu pelancong
  • Tips pemandu pelancong
  • PAKEJ TIDAK TERMASUK:

    • Tiket penerbangan pergi balik (KUL/HANOI/KUL : +RM760/seorang
    • Insurans perjalanan
    • Caj lebihan bagasi & segala perbelanjaan persendirian spt dobi & panggilan telefon
    • Caj tambahan cuti umum dan hujung minggu
    • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara

    ITINERARI PERJALANAN

    Hari 1 – KUALA LUMPUR / HANOI (MM)

    Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Hanoi. Sebaik tiba di Hanoi, anda akan dijemput oleh wakil kami dan akan dibawa untuk city tour ke sekitar bandar Hanoi. Anda akan dibawa ke HO CHI MINH’S HOUSE, MUZIUM HO CHI MINH & HIS MAUSOLEUM. Akhir sekali anda akan dibawa ke ONE PILLAR PAGODA. Meneruskan perjalanan ke PAGODA BUDDHA TRAN QUOC (salah satu pagoda Buddha tertua di Vietnam). Meneruskan perjalanan ke TEMPLE OF LITERATURE yang mana telah dibina pada abad ke 11 sebagai universiti pertama di Vietnam. Makan malam di restoran tempatan. Dibawa ke hotel untuk urusan check in dan berehat.

    Hari 2 – HANOI / HALONG (S,MT,MM)

    Selepas bersarapan pagi, anda akan dijemput untuk dibawa ke Pelabuhan Hanoi untuk menaiki bot ke HALONG. Halong telah disenaraikan sebagai sebuah tempat semulajadi tercantik di dunia yang mana pemandangan yang begitu popular di sini ialah ribuan batu kapur semulajadi yang indah dengan bentuk yang unik tumbuh daripada dasar laut. Tiba waktu tengahari, anda akan dibawa menaiki bot untuk ke Halong sambil menikmati makan tengahari di atas bot. Meneruskan perjalanan dengan menaiki bot untuk ke beberapa gua, pulau, perkampungan nelayan dan bersantai di atas bot. Pada sebelah petang, anda bebas menjalankan aktiviti seperti menonton cerita rakyat, memancing atau berehat. Makan malam di atas bot dan BERMALAM DI ATAS BOT.

    Hari 3 – HALONG / HANOI (S,MT,MM)

    Anda akan bersarapan pagi di atas bot dan akan dihidangkan dengan buah-buahan tempatan. Terus menelusuri Sungai Hanoi. Check-out dari bot dan akan dibawa untuk makan tengahari secara buffet. Kembali ke Hanoi dan check in hotel. Makan malam di restoran tempatan. Malam ini anda akan dibawa menonton persembahan tradisional Vietnam popular iaitu WATER PUPPET di Thang Long Theatre. Selepas persembahan, anda boleh ke TASIK HOON KIEM iaitu sebuah tasik yang unik yang berwarna kehijauan, THE HUC BRIDGE, THAP BUT (MENARA PEN) dan KUIL NGOC SON. Kembali ke hotel dan berehat.

    Hari 4 –  HANOI / KUALA LUMPUR (S)

    Selesai sarapan pagi, check-out hotel dan anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MALINDO AIR pada jam 12.15 tengahari dan dijangka tiba pada jam 4.35 petang.

     

     

    Harga untuk minimum 25 orang dewasa

    Harga : RM1,295 (DEWASA)

    ***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***