info@shahidtravel.com.my
>> Laman Web Rasmi Shahid Travel & Tours
Tempoh: 4 HARI 3 MALAM (2018)
Harga: RM 1,450

Harga Pakej Termasuk:

  • Penginapan 1 malam di homestay/hotel ekonomi (Kundasang) & 2 malam di hotel 3* (Kota Kinabalu)
  • Tiket penerbangan pergi balik KL/Kota Kinabalu/KL
  • 3 sarapan pagi, 3 makan tengahari & 3 makan malam
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Bayaran masuk tempat-tempat lawatan
  • Lawatan yang dinyatakan beserta pemandu

Nota : Harga adalah untuk berkumpulan 20 orang dewasa ke atas

Harga Pakej Tidak Termasuk:

    • Caj cukai gst 6%
    • Insuran perjalanan
    • Bayaran porter/ bellboy
    • Segala perbelanjaan persendirian seperti dobi & panggilan telefon serta perkara-perkara yang tidak dinyatakan

     

    HARI 1 : KUALA LUMPUR – KOTA KINABALU – KUNDASANG (MKN TENGAHARI/ MKN MALAM)
    Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA2 2 jam sebelum berlepas ke Kota Kinabalu. Sebaik tiba di KKIA, anda akan disambut oleh wakil kami dan menaiki van yang tersedia bagi acara city Tour “Salam Pengenalan Kota Kinabalu”. Makan tengahari di restoran tempatan. Perjalanan diteruskan ke Kundasang dan check-in Hotel Ekonomi/ Homestay. Makan malam disediakan.

    HARI 2 : KUNDASANG – KOTA KINABALU (SARAPAN/ MKN TENGAHARI/ MKN MALAM)
    Selepas subuh melihat keindahan Gunung Kinabalu semasa matahari terbit. Selepas sarapan pagi perjalanan hari ini bermula dengan menuju ke Ranau dan singgah di Kampung Luanti bagi merasai pengalaman bersama gigitan ikan Kelah di sungai bagi tujuan perubatan dan seronokan. Kemudian singgah di kolam Air Panas Poring dan boleh mandi di kolam air panas atau menaiki jambatan Gantung bagi melihat keindahan Hutan Tropika yang unik. Makan tengahari di restoran tempatan. Membeli ole-ole sayuran segar keluaran tempatan untuk dibawa pulang. Kembali ke Kota Kinabalu. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk di hotel 3* dan aktiviti bebas

    HARI 3 : TAMAN LAUT TUNKU ABD RAHMAN (SARAPAN/ MKN TENGAHARI/ MKN MALAM)
    Selepas sarapan pagi di Hotel, peserta akan dibawa ke Jetty Jesselton untuk lawatan ke pulau-pulau peranginan Taman Laut Tunku Abdul Rahman menaiki bot laju (Sekitar 20minit) bagi aktiviti berenang atau snorkeling (peralatan optional). Makan tengahari bungkus disediakan. Selepas itu pulang ke Jetty Jesselton. Rombongan akan dibawa ke Pasar Filipino dan Pasar Ikan Masin bagi membeli ole-ole seperti mutiara, kuih tradisional dan kraftangan untuk dibawa pulang. Kembali ke hotel dan aktiviti bebas. Makan malam disediakan di restoran tempatan.

    HARI 4 : KOTA KINABALU – KUALA LUMPUR (SARAPAN)
    Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sebelum check out dari Hotel. Kemudian rombongan akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi daftar masuk bagasi jam 12.00 tengahari. Penerbangan ke Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia AK5105 jam 2.05 petang dan dijangka tiba jam 4.35 petang DENGAN SERIBU KENANGAN MANIS…

    HARGA         :           RM 1,450 / DEWASA

    ***HARGA & ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA***